fbpx
Now Reading
Tindakan Wanita Pecahkan Cermin Kereta Gara-Gara Bengang Kereta Kena Tarik Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Tindakan Wanita Pecahkan Cermin Kereta Gara-Gara Bengang Kereta Kena Tarik Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Ada hantaran di media sosial yang mendakwa pemilik Honda City sudah lapan bulan tidak membayar ansuran bulanan kereta itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan kebanyakan kenderaan yang dipakai oleh individu merupakan hasil pinjaman daripada bank.

Oeh sebab itu, setiap pemilik kenderaan perlu membayar pinjaman mengikut tempoh waktu yang ditetapkan. Kelewatan membuat pembayaran boleh mengakibatkan kenderaan anda ditarik semula oleh pihak bank.

Selalunya, kebanyakan pemilik akan membuat bayaran on time namun ada juga yang mempunyai masalah peribadi tidak dapat berbuat demikian hingga adanya tunggakan sekaligus menyebabkan kereta mereka ditarik.

Bagi sesetengah orang, ada yang tenang dan dapat menerima kereta dikembalikan semula kepada pihak bank kerana mereka sedar kesalahan sendiri.

Pecahkan Cermin & Rosakkan Kereta Kerana Marah Kereta Ditarik

Namun, berbeza pula dengan tindakan seorang wanita ini apabila dia bertindak di luar batas dengan memecahkan cermin kereta gara-gara tidak puas hati kenderaannya ditarik.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @epultowingtemerloh2, kelihatan seorang wanita berbaju dan bertudung hitam sedang memecahkan cermin kereta jenis Honda City menggunakan batu-bata.

Difahamkan, dia bertindak sedemikian gara-gara marah dan tidak puas hati kereta Honda City itu akan ditarik.

Malah, kedengaran dia menyatakan kepada ejen penarik kereta bahawa tindakannya merosakkan kenderaan itu dianggap bukanlah satu kesalahan.

“Sebab ini (kereta) hasil duit owner (pemilik) tahu, hasil duit owner. So tak de masalah kitaorang rosakkan,” katanya sambil mengetuk cermin hadapan kereta berkenaan.

Dia kemudiannya menggunakan batu yang sama memecahkan cermin sisi kereta tersebut.

Ahli Keluarga Turut Serta Rosakkan Kereta

Apa yang turut mengejutkan adalah bukan sahaja wanita itu tetapi ada ahli keluarganya yang lain turut merosakkan kereta.

Melalui perkongsian yang sama, dapat dilihat seorang lelaki berbaju biru dipercayai ahli keluarga wanita itu mengetuk pintu dan memecahkan cermin belakang menggunakan besi dipercayai spanar tayar T.

Rupanya Kereta Pada Awalnya Dah Kena Cangkuk

Menerusi video lain yang dikongsikan oleh pengguna TikTok berkenaan, kereta Honda City itu dipercayai telah dipasang cangkuk untuk ditunda.

Namun, ada ahli keluarga wanita itu yang bertindak agresif dengan mengambil semula kereta tersebut dari towing berkenaan.

Disebabkan tindakan itu, bumper hadapan kereta Honda City rosak malah lori tunda itu turut mengalami kemek di bahagian belakang.

Kereta Masih Dalam Pagar Rumah

Dalam video sama, apa yang turut mencuri perhatian kami adalah kereta berkenaan dilihat masih berada dalam kawasan pagar rumah.

Jika disemak pada prosedur menarik kereta, ejen tidak boleh menarik kenderaan yang berada di kawasan kediaman berpagar.

Namun, ketika artikel ditulis, kami mendapati video berkenaan telahpun dipadam oleh pemilik video berkenaan.

Ada hantaran di media sosial yang mendakwa pemilik Honda City sudah lapan bulan tidak membayar ansuran bulanan kereta itu.

Foto: Facebook

Ramai Persoal Tindakan Wanita Pecahkan Cermin

Video yang telah mendapat lebih 2.4 juta itu tontonan nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata mereka terkejut dengan tindakan berani wanita berkenaan yang memecah dan merosakkan kenderaan tersebut.

Malah, ada yang mempersoal perbuatan wanita itu kerana bagi mereka dia tidak sepatutnya dia bertindak sedemikian.

Tidak kurang juga ada yang mengecam dan merasakan tindakan wanita itu disifatkan sebagai kurang bijak.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Ada Pula Macam Tu, Sis, Awak Dah Tak Larat Bayar Kenapa Pula Nak Buat Macam Tu, Habis Untung Lagi Sis”

“Kesian Abang Towing, Abang Towing Buat Kerja Je”

“Masalahnya Hutang Tetap Kena Bayar, Value Kereta Dah Jatuh Buat Macam Tu”

“Kita Dah Tahu & Sedar Kereta Kita Tak Bayar, Standby La Untuk Ditarik, Kenapa Dia Marah?”

“Hancur Kereta. Boleh Juga Ada Value Kalau Bank Jual, Dapat Cover Baki Loan, Ini Apa Tak Dapat”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.