Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang? [Video]
Menurut Alice Chang, hubungannya bersama Datuk Seri itu baik-baik saja dan berada dalam keadaan stabil tidak sepeeri yang diperkatakan oleh netizen.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hari ini (24 Oktober), seorang wanita kontroversi di media sosial dikenali sebagai Adeline Chang didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah memulakan penghantaran komunikasi jelik melibatkan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun pada bulan Mei lalu.
Adeline atau nama sebenarnya Chang Pei Yi membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin.
Adeline hadir ke mahkamah pada pagi ini sambil ditemani oleh kakaknya yang juga pernah tular di media sosial dikenali sebagai Alice Chang.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Cium Doh Roti, Pekerja Auntie Anne’s Diberhentikan Serta Merta
Alice dedah hubungannya dengan suami orang berstatus Datuk Seri
Pun begitu, Alice lebih mencuri tumpuan selepas dia membuat pengakuan yang mengejutkan di hadapan media ketika menemani adiknya di mahkamah.
Wanita itu mendekati media dan berkongsi maklumat terkini yang dia sedang menjalankan hubungan dengan seorang Datuk Seri yang didakwa sudah berkahwin.
“Kami baik. Hubungan kami stabil tidak seperti yang diperkatakan oleh netizen,” kata Alice kepada media dipetik World of Buzz.
Alice dakwa sedang hamil anak Datuk Seri tersebut
Menerusi perkongsian video oleh China Press, Alice turut mendakwa dia kini sedang hamil anak kepada Datuk Seri terbabit, namun tidak mendedahkan identiti individu itu.
“Memandangkan Datuk Seri sudah berkahwin, tolong jangan didedahkan kepada umum,” katanya lagi.
Alice kemudiannya berlalu pergi meninggalkan media untuk berjalan bersama-sama adiknya memasuki mahkamah.
Adeline boleh dipenjara enam bulan jika gagal bayar denda
Terdahulu, mahkamah memerintahkan adiknya Adeline yang berusia 24 tahun itu untuk menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Bagaimanapun dia kemudiannya membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Adeline didakwa memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar berserta teks dalam bahasa Mandarin yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 30 Mei lalu.
Hantaran itu dilihat di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tower 1, Cyberjaya kira-kira pukul 8 pagi, 1 Jun lalu.
Pendakwaan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa MCMC, Nazrul Nizam Mohd. Zameri mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) akta sama.