fbpx
Now Reading
Lelaki Singapura Sebak, Terpaksa Lepaskan Honda Civic Kerana Kereta Sudah Lebih 10 Tahun [Video]

Lelaki Singapura Sebak, Terpaksa Lepaskan Honda Civic Kerana Kereta Sudah Lebih 10 Tahun [Video]

Kelihatan wajah suram lelaki terbabit meratapi Honda Civic miliknya sambil termenung seakan mengenangkan kembali memori yang telah diciptanya bersama jentera terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, tiada had tahun pengeluaran kereta yang dibenarkan berada di atas jalan raya, dalam erti kata lain, meskipun kenderaan tersebut telah mencecah usia 40 tahun ia masih boleh dipandu di negara ini.

Namun, situasi yang berbeza pula di Singapura kerana had untuk sesebuah kenderaan berada di atas jalan raya mestilah tidak melebihi 10 tahun.

Jika sudah melebihi jangka waktu yang ditetapkan, maka kereta terbabit perlulah dilupuskan atau pemiliknya perlulah memperbaharui Sijil Hak Milik (COE) dengan membayar sejumlah wang dengan kos yang agak tinggi jika masih ingin memandu kenderaan itu.

Tular lelaki di Singapura sebak terpaksa lepaskan kereta kesayangan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pemuda di Singapura berasa sebak selepas kereta kesayangannya terpaksa dilepaskan dipercayai berikutan undang-undang negara berkenaan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh isterinya di akaun TikTok @ntshatan, kelihatan lelaki berkenaan meluangkan waktunya bersama kereta jenis Honda Civic itu buat kali terakhir sebelum ia dilepaskan.

“Luluh hati saya melihat dia menangis, tetapi inilah realiti untuk memiliki kereta di Singapura,” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.

Wajah suram ratapi kereta buat kali terakhir

Dalam video sama, turut kelihatan wajah suram lelaki terbabit meratapi Honda Civic itu sambil termenung seakan mengenangkan kembali memori yang telah diciptanya bersama jentera terbabit.

Berkemungkinan lelaki berkenaan melepaskan keretanya itu kerana tidak sanggup lagi membayar sejumlah wang bagi memperbaharui COE untuk tempoh lagi lima atau 10 tahun.

@ntshatan

breaks my heart to see him cry… but that’s the reality of owning a car in Singapore. see you some time @sunshine ❤️‍🩹

♬ stuff we did – LBFD

Tangkap layar video tular berkenaan turut dikongsikan di laman Facebook portal automotif bahasa Melayu, Motoqar.

COE perlu dibida dan semudah perbaharui cukai jalan di Malaysia

Menurut Motoqar, memperbaharui COE ini tidaklah semudah cukai jalan di Malaysia, ini kerana permit terbabit perlulah dibida di mana pembukaan bidaan hanyalah dua kali sebulan dan kuotanya juga terhad.

“Nilai COE agak ‘keras’ yang mana berdasarkan kapasiti enjin, Misalnya harga COE yang dibayar S$152,000 dan harga kereta S$50,000, jadi jumlah yang perlu dibayar bagi pemilikan kereta adalah S$202,000.

“Syukur tinggal di Malaysia., kereta 40 tahun pun masih boleh guna di jalan raya,” tulisnya.

Untuk info, memetik laman web Scrap Car, COE memberikan pemilik kereta di Singapura untuk memiliki dan menggunakan kenderaan di republik itu.

Tarikh tamat tempoh COE ditetapkan selama 10 tahun setelah mendaftarkan kereta baru di Singapura.

Jika tak nak lupuskan, boleh ‘renew’ COE atau jual kereta

Selepas 10 tahun, kereta tidak lagi boleh dipandu di atas jalan raya negara itu melainkan COE diperbaharui. Difahamkan ia merupakan satu kesalahan sekiranya memandu kereta tanpa COE yang sah.

Sebelum COE tamat tempoh, pemilik kereta mempunyai pilihan sama ada memperbaharui permit tersebut untuk jangka masa lima atau 10 tahun atau menjualnya jika tidak ingin kenderaan tersebut dilupuskan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.