“Saya Bukan Penjajah Sir”- Guru Tegur Pelajar Persoal Guna Bahasa Inggeris Ketika Mengajar
Pelajar itu dipercayai mengklasifikasikan dipercayai bahasa Inggeris yang digunakan oleh guru itu sebagai bahasa penjajah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bergelar seorang guru pada zaman ini tidak dinafikan memang agak mencabar, lebih-lebih lagi apabila wujud segelintir pelajar yang kurang kesedaran sivik.
Nampak macam senang je kan jadi cikgu ni? Tapi hanya mereka sahaja yang tahu betapa banyaknya dugaan yang perlu dihadapi sebagai seorang pendidik.
Sebagai guru, sudah semestinya mereka akan lakukan yang terbaik bagi memastikan para pelajar memahami ilmu yang disampaikan.
Pelajar Persoal Guru Guna Bahasa Inggeris Ketika Ajar Subjek Matematik
Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@PejuangPH), kelihatan seorang guru yang sedang mengajar subjek Matematik secara atas talian telah berdepan satu situasi kurang menyenangkan.
Dalam video tersebut, guru tersebut yang dikenali sebagai Sir Fathi telah menerima soalan dari pelajarnya yang mempersoalkan penggunaan bahasa Inggeris ketika mengajar.
Malah, pelajar itu juga dipercayai mengkategorikan bahasa Inggeris itu sebagai bahasa penjajah.
“Saya orang Melayu sir, bukan orang penjajah,” ujar pelajar terbabit.
Terkilan dengan kata-kata yang diterima, Sir Fathi turut tertanya-tanya bagaimana ungkapan itu boleh dikeluarkan.
“Adakah bila awak kata macam tu, awak rasa diri awak hebat? Ataupun awak rasa awak ni cukup Melayu? Atau itu memang ajaran yang telah diajar kepada awak selama ni?” soal Sir Fathi.
Dengan penuh kesabaran, guru ini menjelaskan dia sebenarnya menggunakan dwibahasa iaitu menggabungkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu semasa mengajar.
“Saya org Melayu, Saya bukan Penjajah”
— YB PH 🍉 (@PejuangPH) October 22, 2024
Anak Walaun yg biadab dan kurang ajar! Konon ajar math dalam English guna bahasa penjajah! Satu dunia guna bahasa penjajah! Kau tak nak cerdik jangan pergi sekolah! Duduk kampung tanam ubi!😒 pic.twitter.com/t5jSKhwrc7
Masyarakat Anggap Ramai Pelajar Zaman Sekarang Biadap Dengan Guru
Rata-rata masyarakat berpendapat bahawa pelajar-pelajar pada zaman ini dikatakan berani untuk bersikap biadap dengan guru mereka.
Ia secara tidak langsung membuatkan netizen turut bersedih kerana rasa hormat generasi muda kini terhadap para pendidik seolah-olah sudah makin pudar.
“Dengan cikgu pun student berani tunjuk perangai tak ada adab macam tu. Macam mana lah ilmu tu nak berkat,” ujar pengguna X.
Malah, netizen turut menganggap bahawa tiada salahnya untuk menggunakan dwibahasa dalam pembelajaran kerana ia membuka lebih banyak peluang pada masa akan datang.
“Cuba lah masuk mana-mana top company tanpa fasih berbahasa Inggeris? Adakah anda rasa anda akan diterima? Fikir-fikirkan,” luah netizen.
Kepada cikgu-cikgu di luar sana, semoga anda diberi ganjaran pahala yang banyak kena telah berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak murid.
Tidak kiralah anda mengajar secara fizikal atau atas talian, percayalah anda mampu sudah cuba yang terbaik.
Baca Artikel Berkaitan: “Cikgu, Mengantuklah…” – Guru Luah Rasa Sedih Murid Tak Faham & Bosan Masa Kelas Online
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Belum Kerja” – Pelajar Merungut Pensyarah Bagi Banyak Tugasan, Ramai Merungut Gen Z Manja
Baca Artikel Berkaitan: Guru Luah Rasa Terkilan Dengan Sikap Segelintir Pelajar Kurang Usaha. Siap Tiru Jawapan!