fbpx
Now Reading
Tular Kanak-kanak 2 Kali Ambil Kerusi Pakcik Sedang Solat, Mujur Ada 2 insan Bantu [Video]

Tular Kanak-kanak 2 Kali Ambil Kerusi Pakcik Sedang Solat, Mujur Ada 2 insan Bantu [Video]

Pertolongan kedua-dua insan terbabit menyebabkan jemaah berkenaan terselamat sebanyak dua kali daripada terjatuh akibat kerusinya diambil oleh budak perempuan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Islam merupakan agama yang bersifat dengan sederhana iaitu tidak terlalu menyukarkan dan juga tidak terlalu memudahkan kepada penganutnya.

Sebagai contoh, orang Islam yang mempunyai masalah sakit lutut atau kaki boleh sahaja solat dalam keadaan berdiri atau duduk di atas kerusi, begitu juga sebaliknya bagi mereka yang tidak mampu berdiri.

Maka tidak hairanlah jika di kebanyakan masjid atau surau pasti ada kerusi-kerusi lipat yang disediakan untuk jemaah sebegini.

Tular budak perempuan ambil kerusi digunakan jemaah semasa solat

Bagaimanapun, lain pula yang berlaku pada seorang jemaah lelaki ini yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah surau apabila kerusi yang digunakannya semasa solat telah diambil oleh seorang kanak-kanak perempuan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @smfaizal, jemaah berkenaan yang dikenali sebagai Farid menggunakan kerusi itu untuk duduk semasa sujud dan duduk di antara dua sujud.

Pun begitu, semasa Farid dan jemaah lain sedang berdiri solat, salah seorang budak perempuan secara tiba-tiba datang mengambil kerusi berkenaan dan membawanya ke tempat lain.

Lelaki baru masuk saf segera bantu ambil semula kerusi

Mujur seorang lelaki yang baru memasuki saf sedar akan perkara terbabit dan segera pergi mengambil kerusi itu semula.

Lelaki berkenaan dilihat berlari meletakkan kerusi terbabit di kedudukan asal sebelum Farid dan jemaah yang lain bersujud.

Pertolongan lelaki itu mengambil semula kerusi membuatkan Farid terselamat daripada jatuh semasa ingin duduk bersujud.

Dua kali kerusi diambil orang sama, mujur ada kanak-kanak baik hati membantu

Bukan sekali, kejadian yang sama berulang lagi apabila budak perempuan itu dilihat tampil semula mengambil kerusi berkenaan.

Namun kali ini ia lebih mengharukan apabila seorang kanak-kanak lelaki yang turut bersembahyang di sebelah Farid pula yang mambantu mengambil kerusi itu.

Kanak-kanak terbabit sanggup berkorban dengan keluar daripada saf berkenaan dan mengambil kerusi terbabit dan meletakkannya di belakang Farid sebelum dia sambung semula solatnya.

Pertolongan kanak-kanak lelaki itu menyebabkan Farid terselamat kali kedua daripada jatuh semasa ingin duduk bersujud.

‘Dua kali terselamat Encik Farid, kalau tak patah lagi kaki dia, terbaiklah Muhammad anak ayah,” tulis di kapsyen dipercayai bapa kepada kanak-kanak lelaki itu.

@smfaizal

2 Kali Terselamat En Farid, kalau tak patah lagi kaki dia😃😃😃 Terbaiklah Muhammad Anak Ayah

♬ เสียงต้นฉบับ – 🌻•:*´¨ `*:•.🦋•:*´¨ `*:•.🌻 – Sunshine..🌻•:**:•.🦋•:**:•.🌻

Orang ramai beri pujian kepada dua insan yang membantu ambil semula kerusi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pujian terhadap dua insan terbabit yang membantu mengambil semula kerusi berkenaan.

Tidak kurang juga yang mempersoal di manakah keberadaan ibu bapa budak perempuan itu yang tidak mengawasi tingkah laku anaknya di dalam surah berkenaan.

Malah, ada juga yang tidak menyalahkan kanak-kanak perempuan terbabit kerana dia mungkin berniat hanya untuk mengemas kerusi itu agar tidak mengganggu jemaah-jemaah yang sedang solat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.