fbpx
Now Reading
Wanita Tekad Teruskan Belajar Jadi Peguam Selepas Terbabit Kes Khalwat, Akui Dahulunya Hanyut Bercinta

Wanita Tekad Teruskan Belajar Jadi Peguam Selepas Terbabit Kes Khalwat, Akui Dahulunya Hanyut Bercinta

Menurut gadis yang dikenali sebagai Nur, sebelum ditangkap khalwat dia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan nekad ingin menjadi peguam selepas keluar dari pusat perlindungan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu pasti mempunyai impian atau cita-cita yang diidamkan apabila sudah besar.

Namun ada juga yang menanam cita-cita mereka apabila berlaku sesuatu perkara dalam hidup yang menjadi iktibar sehingga membuatkan individu berkenaan ingin menceburi sesebuah bidang kerjaya.

Sebagai contoh trauma daripada sesuatu kejadian membuatkan seseorang individu menyimpan cita-cita untuk menjadi doktor, polis, peguam dan sebagainya.

Nekad nak jadi peguam selepas ditangkap khalwat

Seorang gadis yang dikenali sebagai Nur turut menyimpan cita-cita yang sama serta nekad untuk berubah selepas ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya di dalam kereta.

Insiden itu difahamkan berlaku pada awal Julai lalu di sekitar kawasan sebuah kampus institut pengajian tinggi (IPT).

Menurut gadis yang berusia 24 tahun berkenaan, dia ingin menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang syariah yang kini berbaki lagi dua semester sebaik tamat tempoh pemulihan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Majlis Agama Islam Selangor.

Akui hanyut kerana cinta, awalnya hanya lepak dalam kereta sebelum ditangkap khalwat

Kata Nur, dia mengakui hanyut dek kerana cinta serta kejutan budaya walaupun sebelum ini merupakan pelajar di Sekolah Menengah Agama.

“Kejadian itu berlaku ketika baharu pulang dari kedai selepas makan malam dengan kekasih mengajak melepak dalam sebuah kereta di sekitar kampus.

“Penangkapan dibuat oleh warden dan saya kesal sebab tinggal dua semester lagi. Bila dihantar di pusat, saya sesal dan mahu impian jadi peguam tetap tercapai,” jelasnya, lapor Kosmo.

Seorang pelajar cemerlang, syukur tak dibuang keluarga

Nur turut memaklumkan dia memperoleh keputusan yang cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.75 sepanjang tiga tahun menuntut di IPT terbabit.

Gadis yang juga anak kedua dari empat beradik itu mengatakan selepas insiden berlaku dia langsung tidak mengetahui dimanakah keberadaan bekas teman lelaki yang juga merupakan rakan sekelas dalam jurusan sama.

“Saya tidak mahu toleh belakang dan langsung mengingati cinta pertama saya tersebut yang membawa kepada kemungkaran.

“Bersyukur sebab keluarga tidak buang saya dan tetap menyokong. Malah, sampai sekarang saya ingat pesan ibu supaya menjadi insan yang kukuh imannya,” kata Nur ketika dijumpai di Majlis Apresiasi Pelatih Baitul Ehsan.

Malah Nur ketika majlis tersebut turut menerima Anugerah Pelatih Harapan (Sahsiah).

Kebanyakan yang masuk kerana masalah sosial

Sementara itu, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Dr. Norzaihan Mond Zin memaklumkan 253 pelatih wanita termasuk yang berada di luar dari Selangor sudah berjaya menamatkan tempoh pemulihan di pusat perlindungan berkenaan.

Ujarnya kebanyakan kes yang diterima dalam pusat perlindungan itu membabitkan masalah sosial yang berusia 13 tahun ke atas yang mendapat perintah mahkamah.

“Tempoh pemulihan adalah antara enam bulan hingga setahun dengan kuota maksium pelajar adalah seramai 60 orang pada satu masa.

“Kita mendapat peruntukkan sebanyak RM3 juta setahun dan MAIS ketika ini sedang memantapkan pengurusan termasuk blueprint asnaf riqab.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.