Gelagat Atok & Cucu Luang Masa Bersama Buat Ramai Terkenang Kenangan Dengan Yang Tersayang [Video]
Menerusi video kelihatan datuk dan cucu itu sungguh gembira apabila dapat meluangkan masa bersama walau hanya ke pasar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Datuk dan nenek merupakan insan yang sangat dekat dengan cucunya. Malah ada yang mengatakan mereka ini sanggup melakukan apa sahaja buat cucu tersayang.
Oleh itu, ada segelintir individu yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan datuk dan nenek kerana sentiasa meluangkan masa bersama sejak dari kecil.
Gelagat datuk dan cucu luang masa bersama raih perhatian
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang datuk ini apabila meluangkan masa bersama cucu tersayang sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Liyana di TikTok, awalnya kelihatan dua beranak itu berada di luar sambil si datuk memakaikan cucunya dengan topi keledar di pagi hari.
Selepas memakai topi keledar, mereka kemudian berjalan ke arah motosikal kerana ingin ke pasar.
Terpancar wajah gembira, meskipun bertongkat datuk tetap gigih bawa cucu
Kelihatan wajah si kecil begitu gembira sebaik datuk selesai memakaikannya topi keledar berkenaan. Malah warga emas itu tersenyum sambil berjalan menggunakan tongkat untuk menaiki motosikalnya.
Liyana yang merakam video tersebut, turut memesan agar si kecil yang membonceng di belakang untuk sentiasa memeluk atoknya agar tidak terjatuh.
Peluk erat datuk ketikan bonceng motosikal
Si kecil itu kemudian segera memeluk erat datuknya yang secara tidak langsung menunjukkan kepercayaannya kepada warga emas berkenaan.
“Peluk, peluk pinggang. Jangan geletek atok,” ujar Liyana sambil ketawa kerana gembira melihat dua beranak berkenaan.
Sebelum ke pasar, datuk turut menghantar rakaman memaparkan mereka berdua ke berkunjung ke kedai makan untuk sarapan terlebih dahulu sebelum ke pasar.
“Amboi.. bahagianya ikut atok berjalan pergi pasar sambil mencanai (makan roti canai),” tulis Liyana di ruang kapsyen.
Hubungan rapat datuk dan cucu buat ramai sebak terkenangkan datuk & nenek
Keakraban antara datuk dan cucu itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai pengguna media sosial sebak.
Ini kerana ada yang terkenang kenangan lalu bersama datuk dan nenek masing-masing. Malah ada juga yang berasa terharu melihat datuk tetap gigih berjalan untuk membawa cucunya meskipun perlu memakai tongkat.
Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa kehilangan kerana datuk kesayangan sudah pun pergi buat selamanya.
Bukan hanya itu, ramai juga yang memuji hubungan antara dua beranak itu sangat comel.