fbpx
Now Reading
Pelajar Malaysia Di UK Disabit Bersalah Bunuh & Sembunyi Bayi Dalam Beg Pakaian

Pelajar Malaysia Di UK Disabit Bersalah Bunuh & Sembunyi Bayi Dalam Beg Pakaian

Pelajar wanita itu awalnya menafikan dia telah melahirkan bayi selepas ditanya oleh pihak hospital sewaktu ditanya kerana mempunyai tanda-tanda bersalin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Membunuh dengan niat merupakan salah satu kesalahan undang-undang. Malah ia adalah satu jenayah yang boleh membawa kepada hukuman berat.

Walau bagaimanapun, hukuman terhadap sesuatu kes itu akan ditentukan oleh pihak mahkamah selepas melalui proses pembicaraan dan diadili dengan sebaiknya.

Wanita warga Malaysia sembunyikan bayi dalam beg, dakwa terdengar suara

Baru-baru ini, seorang wanita warga Malaysia telah disabit kesalahan membunuh selepas memasukkan bayinya ke dalam kotak bijirin sebelum menyembunyikannya dalam beg pakaian di United Kingdom.

Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (CPS) semasa prosiding memaklumkan wanita yang dikenali sebagai Jia Xin Teo berusia 22 tahun dari Coventry telah mendakwa dia terdengar suara yang memintanya untuk membunuh atau mencederakan bayi berkenaan.

Namun pihak juri di Mahkamah Warwich Crown telah menolak alasan wanita terbabit.

Enggan maklumkan pada polis dimana keberadaan bayi yang disorok

Jia pada mulanya tidak memaklumkan kepada pihak polis dimanakah dia menyorokkan bayi tersebut sehingga dua hari berlalu.

“Bayi berkenaan hidup selepas ia dilahirkan dan mungkin boleh bertahan namun Jia telah membuat keputusan untuk meletakkannya di dalam kotak bijirin kerana tahu ia boleh membunuh bayi perempuan itu,” ujar CPS, lapor BBC.

Jia merupakan seorang pelajar yang menyambung pengajian di Universiti Coventry sejak awal tahun ini. Menurut pihak CPS lagi pelajar wanita itu turut menyembunyikan kehamilannya dari semua individu yang dikenali.

Letak dalam kotak bijirin, dan beg plastik sebelum masukkan dalam beg pakaian

Dia melahirkan seorang bayi perempuan pada 4 Mac lalu dan meletakkannya dalam kotak bijirin serta beg plastik yang boleh ditutup lalu disimpan dalam beg pakaian.

Menurut Polis West Midlands, pegawainya telah dipanggil ke alamat pelajar berkenaan dua hari kemudian selepas Jia ke hospital dan menunjukkan tanda-tanda telah melahirkan bayi.

Cuba nafi sudah bersalin, takut diketahui keluarga dan rakan kerana akan ganggu pelajaran

Sewaktu ditanya oleh pihak hospital dia awalnya menafikan perkara tersebut. Namun akhirnya mengaku telah melahirkan bayi dan bimbang jika hal itu diketahui oleh keluarga dan rakan di Malaysia.

Ini kerana hal berkenaan boleh mengganggu pelajarannya. Polis lalu menyatakan ia adalah sebab mengapa wanita berkenaan menolak sebarang bantuan medikal dan bersalin di alamat terbabit dan menyorokkannya dari rakan serumah.

Selepas sabitan pada Khamis (24 Oktober) ahli CPS, James Leslie Francis menyatakan pelajar itu telah tiba di United Kingdom kerana mengetahui dia akan melahirkan bayi berkenaan di negara tersebut dan mempunyai peluang untuk meminta pertolongan.

“Namun dia memilih untuk merahsiakan kehamilan itu dan melahirkannya seorang diri.

“Dia juga enggan ke hospital untuk membuat pemeriksaan selepas bersalin dan menipu kepada rakan yang prihatin mengenainya, kepada doktor di hospital dan kepada polis agar tiada sesiapa menemui bayinya,” kata James.

Pelajar wanita itu akan dijatuhkan hukuman pada tarikh yang akan diaturkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.