Zhiddin Dedah Diganggu Individu Tak Dikenali Ajak Buat Perkara Tak Senonoh Ketika Di Mekah
Lelaki berkenaan dengan berani mengaku ingin mengajak Zhiddin untuk naik ke bilik bagi melakukan perkara yang tidak senonoh sewaktu berada di Kota Suci, Mekah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui Mekah merupakan kota suci buat umat Islam. Malah sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana tentutnya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk beribadah.
Bukan hanya itu, Mekah juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam Islam.
Selain itu, di sini jugalah terletaknya kaabah yang menjadi kiblat buat umat Islam ketika menyembah Allah SWT.
Zhiddin Aziz kongsi detik diganggu individu tak dikenali ketika di Mekah
Namun baru-baru ini influencer, Zhiddin Aziz telah berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan apabila dia diganggu oleh seorang individu tidak dikenali untuk melakukan perkara yang tidak senonoh.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya lelaki terbabit telah bertanya adakah Zhiddin berseorang di dalam biliknya. Dia kemudian menjawab tidak dan menjelaskan berada di sana bersama ibu tercinta.
Lelaki ajak naik ke bilik kerana ibu Zhiddin belum pulang
Lelaki itu kemudian bertanya di manakah ibunya adakah dia masih berada di kota suci berkenaan. Zhiddin lalu menjawab ya, ibunya telah keluar dan belum pulang.
“Bagus, itu bagus. Boleh kita naik ke atas (ke bilik Zhiddin)?” tanya lelaki itu.
Zhiddin yang pelik dengan permintaan lelaki itu lalu bertanya tujuan dan apa yang diinginkan oleh individu terbabit darinya.
Lelaki berkenaan kemudiannya seperti berkias-kias dan meminta Zhiddin untuk memikirkan apakah yang diinginkan oleh individu tersebut.
“Tak saya tak tahu, sebab saya bukan ahli sihir (untuk mengetahui apa yang diinginkan). Berterus terang, adakah anda menyukakan kaum sejenis?,” soal Zhiddin kepada lelaki berkenaan.
Lelaki mahu lakukan hubungan intim, Zhiddin minta lelaki beredar & tak selesa dengan perbualan tak senonoh
Dia lalu mengakuinya dan mengatakan ingin melakukan hubungan intim bersama Zhiddin.
“Jika itu adalah niat awak, tolong lupakannya. Saya tidak mahu menjadi antara golongan mereka (menyukakan kaum sejenis).
“Tolong tinggalkan saya, saya tidak mahu berada dalam perbualan ini lagi,” kata Zhiddin kepada lelaki tersebut.
Minta maaf sebelum beredar
Lelaki itu turut memohon maaf kerana telah membuatkan Zhiddin berasa marah atas ajakan terbabit sebelum berlalu pergi meninggalkannya di lobi hotel di Mekah.
“Ini saya berada di lobi hotel Mekah, hanya lima minit dari Kaabah. Tetapi perangai orang begini tetap ada. Video ini untuk mengingatkan walau di mana pun kita berada, dosa itu tetap ada,” tulisnya dalam perkongsian berkenaan.
Ramai tak sangka ada individu yang berani bertindak begitu sewaktu berada di kota suci berkenaan
Melihat di ruangan komen, ramai yang terkejut dengan apa yang dilalui oleh Zhiddin dan memintanya untuk berhati-hati.
Ada juga mengatakan Zhiddin dilihat seperti ingin menangis ketika berdepan dengan situasi itu.
Zhiddin lalu menjawab ketika berdepan situasi berkenaan perasaannya bercampur-baur.
“Ya perasaan saya waktu itu bercamput. Terkejut, cuak (takut), terkilan dan bermacam-macam lagi. Sepanjang perbualan itu saya macam tak percaya saya di Mekah. Perbualan begitu tak patut ada di situ.”
Tidak kurang juga ada yang meminta Zhiddin untuk berhati-hati ketika berada di sana.