Ada Kaitan Dengan ‘Resign’? Anggota Exists Dedah Kisah Di Sebalik Lagu Alasanmu [Video]
Musa yang juga pemain bass kumpulan Exists menceritakan perkara tersebut ketika ditanya oleh Faliq Khyle mengenai kisah lagu Alasanmu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan berhenti kerja dalam satu program.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Exists? Lagu popular mereka seperti Mengintai Dari Tirai Kamar, Jesnita dan Untukmu Ibu sering menjadi nyanyian ramai.
Harus diakui, kebanyakan lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan popular pada era 90-an itu sering mendapat tempat dihati peminat.
Ini kerana rata-rata lagu nyanyian mereka kebanyakannya bersifat percintaan dan kasih sayang.
Namun siapa sangka, ada lagu popular mereka rupanya mempunyai kaitan dengan kisah perletakan jawatan seorang pekerja dan bukanlah mengenai putus cinta.
Lagu Alasanmu Dipercayai Ada Kaitan Dengan Resign
Perkara itu didedahkan sendiri oleh salah seorang ahli kumpulan berkenaan dalam satu siaran audio siar (podcast) oleh Sinar FM.
Menerusi sedutan video Borak Selebriti yang dimuat naik di TikTok @sinar_my, pemain bass kumpulan berkenaan Musa Radhi atau Musrad menceritakan kisah di sebalik lagu Alasanmu hasil ciptaan Rahim Othman dan lirik oleh Lukhman S.
Menerusi temu bual tersebut, dia tidak menafikan lirik lagu Alasanmu yang dicipta oleh Lukhman itu mempunyai kaitan dengan berhenti kerja.
Ini jelas menyimpang dengan tanggapan orang ramai yang selama ini menyangkakan lagu tersebut berkisar tentang putus cinta.
Dia menjelaskan perkara tersebut ketika ditanya oleh Faliq Khyle mengenai kisah lagu berkenaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan ‘resign’.
“Saya tak tahu sebelum tu dia kerja dekat mana. Satu hari tu dia jadi PR BMG. Jadi bila dia jadi PR BMG ni, kan saya cakap daripada kitaorang pilih penyanyi pun dia punya kecoh tu, macam-macam.
“Mungkin abang Lukhman ni baru, team PR dekat situ senior. Jadi dekat situ kadang dia ada pertelagahan, berbalah.
“Masa tu kebetulan kita tengah buat album Diammu Gunung Berapi, lagu Alasanmu ni. Saya tak tahu macam mana Abang Rahim pas (beri) lagu ni ke Lukhman S. Jadi Lukhman S ni buat la (tulis lirik).
“Saya tak tahu sebelum ni dia penulis lirik yang hebat. Dekat BMG kami berkenalan secara sekejap,” katanya.
Berhenti Tidak Lama Kemudian Lepas Lagu Diserahkan Kepada Exists
Namun, sebaik sahaja lagu itu diserahkan kepada kumpulan tersebut dan dibuat beberapa perubahan mengikut kesesuaian lagu, Musrad mendedahkan Lukhman telahpun berhenti kerja tidak lama kemudian.
“Tak lama lepas tu, saya tengok dia dah tak de dekat BMG. Jadi betullah lagu tu dia berbalah dengan PR team, kemudiannya dia resign.
“Itu kisah dia (Lukhman), kan dia ada sebut ‘engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku’, dia luahkan rasa hati dia, dia tinggalkan,” katanya.
Perkara itu turut diiyakan oleh dua orang lagi anggota kumpulan Exists yang lain iaitu Ezad dan Along exists.
Malah sebelum ini, Ezad yang merupakan vokalis kumpulan berkenaan juga tidak menafikan bahawa lagu tersebut mempunyai kaitan dengan isu di tempat kerja.
Ramai Terkejut, Selama Ini Ingat Lagu Alasanmu Mengenai Kisah Putus Cinta
Video yang telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan itu nyata mengejutkan pengguna media sosial.
Kebanyakan daripada mereka tidak menyangka kisah dan maksud sebenar disebalik lagu berkenaan.
Ini kerana majoriti daripada mereka menganggap lagu berkenaan berkisahkan tentang seorang individu yang putus cinta dan kecewa dengan kekasih hati.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Ingatkan Lagu Alasanmu Ni Lagu Cinta”
“Beria-Ia Aku Tuju Lagu Ni Dekat Ex Aku, Rupanya Lagu Resign”
“Ah Sudah, Jangan Lepas Ni Ada Yang Berhenti Kerja, Hantar Lirik Lagu Je Dekat Bos”
“Boleh Buat Lagu Untuk Majlis Farewell Berhenti Kerja”
Baca Artikel Berkaitan: “Terputus Sudah Diantara Kita, Berbeza Sudah Dua Dunia” – Lirik Lagu Abam, Sikasih Buat Ramai Tersentuh
Baca Artikel Berkaitan: “Jantung Kita Pakai Degup Bukan Denyut” – Guru BM Tegur Lirik Lagu Casablanca [Video]