Cik Epal Tuntut Permohonan Maaf & Ganti Rugi Fitnah RM1 Juta Dari Dewi
Menerusi notis yang diberikan, wanita yang dikenali sebagai Dewi diberikan tempoh selama tujuh hari untuk melaksanakan tuntutan terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini influencer dan blogger terkenal, Cik Epal menerusi Instagram miliknya telah mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suaminya, Jofliam yang merupakan usahawan Pizza Wagyu.
Namun selepas tular mengenai perceraian mereka, seorang wanita yang dikenali sebagai Emira Delyati Dewi telah muncul dalam satu podcast mendedahkan beberapa perkara selepas didakwa oleh netizen menjadi punca kepada keretakan rumah tangga blogger berkenaan
Pendedahan itu telah dibuat oleh wanita tersebut yang mesra dipanggil Dewi bersama sebuah portal hiburan pada 21 Oktober dan ia turut dimuat naik dalam aplikasi YouTube.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini” – Cik Epal Sahkan Sudah Bercerai Dengan Jofliam
Cik Epal tuntut permohonan maaf dan RM1 juta kerana sebar fitnah
Enggan berdiam diri dengan pendedahan yang dibuat oleh wanita terbabit, Cik Epal sebentar tadi berkongsi satu tangkap layar notis tuntutan (Letter of Demand) yang meminta permohonan maaf secara terbuka serta tuntutan RM 1 juta dari Dewi.
Dalam notis LOD tersebut Cik Epal menerusi peguam yang dilantiknya, Nurul Hafidzah & Associates turut menyebut podcast yang dilakukan serta pada 23 Oktober, Dewi telah memuat naik satu tangkap layar perbualan di Instastory yang didakwa sebagai fitnah kedua.
“Bahawa pada sekitar 23 Oktober, Puan (Dewi) telah memuatnaik dan/ atau menerbitkan satu soroton skrin melalui aplikasi Instastory dengan nama pengguna di pautan (link Instagram) dengan menerbitkan satu kenyataan di pautan (Instastory) (selepas ini dirujuk sebagai ‘siaran ketujuh tersebut’).
“Melalui siaran ketujuh tersebut, puan telah memuat naik sorotan skrin yang menunjukkan Puan (Dewi) sedang menjawab soalan soerang pengguna Instagram dengan nama ‘Batriesha’ yang mengandungi kenyataan-kenyataan berunsur fitnah seperti yang berikut:
‘Salam. Saya tak dapat nak cerita hal yang sepenuhnya, sebab ia melibatkan rumah tangga saya. Saya tak suka publicise hal rumah tangga saya dekat sosial media. Saya tak nak berjumpa CE (Cik Epal) pada awalnya sebab dia dan hancurkan masjid saya dahulu, kerana fitnah-fitnah CE. Sebab tu masa dia berjumpa dengan saya, dia menangis, CE sendiri cakap, seabkan dia sudah menghancurkan rumah tangga saya dahulu, rumah tangga dia sendiri hancur.Sebab itu, CE tawarkan saya jadi isteri kedua untuk menebus kesilapan dia, WhatsApp semua ada bukti daripada CE’.”
Dewi & mana-mana pihak terlibat perlu buat permohonan maaf secara terbuka
Susulan daripada itu pihak Dewi serta mana pihak ketiga yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan dan komen berkenaan diberi notis untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Permohonan itu perlu dilakukan dalam semua medium sebaran dan perkongsian kenyataan fitnah terbabit di mana teks dan tatacara permohonan maaf berkenaan mesti diluluskan oleh pihak guam.
Beri masa selama 7 hari untuk buat permohonan maaf
Selain permohonan maaf, Cik Epal juga menuntut sebanyak RM1,000,000 dan/atau ganti rugi yang setimpal kesan daripada tindakan Dewi menyebabkan kesemua kenyataan fitnah tersebut telah tersebar meluas.
Jelas LOD itu lagi, fitnah berkenaan telah menyebabkan blogger tersebut dipandang hina dan rendah serta menjejaskan imejnya.
Sekiranya gagal mematuhi notis berkenaan dalam tempoh tujuh hari, tuntutan akan terus difailkan di Mahkamah.