“Kami Kena Halau” – Wanita Luah Rasa Sedih, Dakwa Dihalau Peniaga Lama Dari Tapak Berniaga Undang Perhatian [Video]
Dakwa wanita berkenaan, suaminya telahpun meminta kebenaran untuk meletakkan gerai kecil di lokasi tersebut bagi menjalankan perniagaan yang berbeza dengan peniaga lain, iaitu sup cendawan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dunia perniagaan memang penuh dengan cabaran. Selain daripada perlu memikirkan tentang untung dan rugi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh kebanyakan usahawan adalah ragam pelanggan serta individu lain yang turut berniaga.
Ini kerana dunia perniagaan juga sememangnya tidak dapat lari dari persaingan. Ia merupakan perkara biasa yang perlu dihadapi oleh kebanyakan peniaga.
Ada segelintir peniaga yang suka dengan persaingan yang sihat lebih lagi sekiranya ada orang lain yang turut menjual produk yang sama.
Namun ada yang tidak selesa dan tidak dapat menerima hingga wujud salah faham di antara mereka sendiri.
Peniaga Dakwa Dihalau Oleh Peniaga Lama
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila dia mendakwa peniaga lama di tapak baharu perniagaannya ‘menghalau’ gerai kecil miliknya.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @zarifahaisar, dia berkongsikan kisahnya yang konon dihalau oleh peniaga lama di tapak perniagaan di Taman Industri Seri Sulong, Batu Pahat, Johor.
Melalui video tersebut, dia sedih dan kecewa apabila niatnya yang baru pertama kali mahu berniaga di jalanan tidak kesampaian apabila dia didakwa dihalau oleh peniaga di kawasan tersebut.
Dakwa Zarifah, suaminya telahpun meminta kebenaran untuk meletakkan gerai kecil di lokasi tersebut bagi menjalankan perniagaan yang berbeza dengan peniaga lain, iaitu sup cendawan.
Namun, dia dan suaminya diminta untuk mengalihkan gerai berkenaan ke lokasi lain berhampiran tapak tersebut.
“Awal awal hubby (suami) dah minta kebenaran untuk letak gerai dan berniaga di kawasan tu, yang pasti bukan perniagaan yang sama dengan diorang. Niat untuk sama-sama berniaga memeriahkan lagi tempat tu tapi.
“Kami minta kebenaran bukan kami terjah ya. Sampai Hubby merayu untuk kawasan tu, merayu ya. Awal-awal cakap boleh kot amik space (ruang) sikit di situ yela stall (gerai) kami pun yang paling comel di antara yang lain,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Mahu Tapak Tersebut Kerana Dekat Dengan Kedai Sewa
Dakwa Zarifah lagi, dia mahu meletakkan gerainya di situ kerana tapaknya yang berhampiran dengan kedai sewa miliknya bagi memudahkan dia untuk mendapatkan bekalan elektrik.
“Tapi setelah stall dah diletakkan di situ, bermula la drama macam-macam. Banyak kali hubby buat perbincangan mohon ihsan jasa baik memasing. Banyak alasan korang suruh pindah ke sana sikit la ke sini sikitla. Lampu kami pasang tak boleh pasang la tak ikut konsep dia la. Allahu,” tulisnya lagi.
Malah, wanita berkenaan meluahkan rasa kesal kerana dilarang untuk berniaga sedangkan Zarifah berpendapat tapak berkenaan terbuka untuk sesiapa sahaja yang mahu berniaga.
“Kami mungkin boleh akur jika tanah itu ada penyewanya yang melarang untuk kami berniaga tapi itu tanah free (percuma) tau, kita berniaga ni tanah free milik Allah SWT. Salah ke jika kita berniaga sama-sama dan berkongsi rezeki Allah ni?
“Itula bangsa Melayu Islam kita. Sedih memikirkan, menaip ni sambil menangis dan ini dah perbincangan keempat masih lagi korang berkeras. Buatkan aku nak kongsi sikap manusia. Belum lagi berniaga juta-juta dik baru berniaga jalanan je,” tulisnya lagi.
Menerusi video berasingan dapat dilihat suaminya menolah gerai kecil mereka ke lokasi lain.
Dah Ada Orang Ajak Berniaga Tempat Lain
Namun, menerusi hantaran terbaharunya, Zarifah berkongsikan berita gembira apabila ada pihak yang menjemputnya untuk sama-sama menjalankan perniagaan di tapak yang lain.
“Alhamdulillah. Hari ini ada hamba Allah telefon, ajak kami berniaga ramai-ramai di sebelah tapak diorang. Makin bersemangat hati ini,” kongsinya lagi.
Pengguna Media Sosial Ada Yang Simpati, Ada Yang Mohon Dengar Kedua Belah Pihak
Video yang telah mendapat hampir 270,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata bersimpati dengan nasib Zarifah dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Tidak kurang ada juga yang mengecam tindakan peniaga lama itu yang sanggup menghalau peniaga baru seperti wanita itu.
Namun, ada juga warganet yang berpendapat agar mendengar penjelasan daripada peniaga lain terlibat bagi mengelakkan fitnah.
Peniaga Lama Tampil Beri Penjelasan
Terbaharu, peniaga lama yang didakwa ‘menghalau’ gerai Zarifah tampil memberi penjelasan menerusi Instagram Story di @pahitmanescoffee.
Menerusi hantaran tersebut, wakil syarikat berkenaan yang bernama Fahmi menjelaskan tiada istilah menghalau sebaliknya dia hanya meminta wanita itu berpindah secara baik disebabkan tapak gerai wanita berkenaan merupakan kawasan sitting area dan live performance untuk pelanggannya.
Malah, dia mendakwa kawasan itu juga telah dirancang susun atur untuk kegunaan lain dan wanita itu tanpa pengetahuannya terus meletakkan gerai mereka secara melulu.
Dia juga turut memberi penjelasan mengenai isu tambak serta ugutan WhatsApp yang didakwa diterima oleh wanita berkenaan menerusi hantaran tersebut.
Jelasnya, isu tambak yang disuarakan oleh wanita berkenaan hanyalah untuk keselamatan dan keselesaan pelanggannya manakala pihaknya hanya berdiam diri tidak seperti yang didakwa oleh wanita berkenaan.
Berikut antara komen pengguna TikTok: