fbpx
Now Reading
Mat Rempit Tiba-Tiba Masuk & Halang Laluan Motosikal Lain Jadi Punca Kemalangan [Video]

Mat Rempit Tiba-Tiba Masuk & Halang Laluan Motosikal Lain Jadi Punca Kemalangan [Video]

Difahamkan, kemalangan jalan raya berkenaan dipercayai berlaku berhampiran bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada malam 27 Oktober lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, ada sahaja kisah yang ditularkan di media sosial mengenai sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna jalan raya khususnya mat rempit.

Walaupun telah berulang kali diberi nasihat dan amaran, namun masih ada di antara mereka yang degil dan melakukan aksi merbahaya.

Kebiasaannya, aksi berani mati mereka itu akan berakhir dengan insiden yang bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah orang lain.

Mat Rempit Masuk & Halang Laluan Utama

Terbaharu, tular di media sosial tindakan kurang bijak seorang mat rempit ini apabila dia menjadi punca kemalangan jalan raya.

Menerusi video yang dikongsikan semula di akaun X @update11111, seorang penunggang motosikal dilihat tiba-tiba masuk dan berhenti di laluan utama.

Namun, perbuatannya itu mengundang padah apabila dia dilanggar oleh empat orang mat motor yang pada ketika itu sedang melalui jalan tersebut.

Kesemua Penunggang Motosikal Terjatuh & Tergolek Di Jalan Raya

Akibat daripada perlanggaran itu, beberapa orang penunggang motosikal terbabit terjatuh dan tergolek di atas jalan raya. Malah, turut terdapat sebuah kereta berwarna putih berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, kemalangan berkenaan dipercayai berlaku berhampiran bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada malam 27 Oktober lalu.

Menerusi perkongsian itu juga, dapat dilihat orang ramai yang berada di kawasan tersebut bergegas ke arah mangsa bagi melihat keadaan mereka.

Pengguna Media Sosial Geram, Ramai Persoal Aksi Merbahaya Mat Rempit

Video yang telah mendapat lebih 460,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna media sosial mengecam tindakan individu dan beberapa mat motor berkenaan.

Ini kerana bagi mereka, kumpulan itu yang sengaja mencari ‘penyakit’ dengan melakukan aksi merbahaya tanpa memikirkan kesan kepada diri sendiri dan orang lain.

Malah, ada yang mempersoal tindakan berani kumpulan motosikal tersebut yang masih tetap beraksi walaupun telah ramai  sebelum ini yang cedera dan meninggal dunia akibat daripada melakukan aksi merbahaya.

Tidak kurang juga ada yang mahu pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap kumpulan ini.

Berikut antara komen pengguna X:

“Kalau Teruk Jangan Bawa Ke Hospital, Penuhkan Wad & Katil Je, Bagi Yang Betul-Betul Sakit, Ini Semua Mat Rempit Saja Cari Penyakit”

“B*doh, Tak Ada Otak, Berhenti Tengah-Tengah Jalan Menyusahkan Orang Lain”

“Elok Perkasakan Klausa Undang-Undang Kesalahan Jalan Raya Membolehkan Dirampas & Dimusnahkan Motosikal Mat Rempit”

“Menyusahkan Orang”

Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Jatuh Ketika Tunjuk Aksi ‘Wheelie’ Depan Orang Ramai, Motosikal Rempuh Myvi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Tindakan Geng Mat Rempit Buat Aksi Superman Di Lebuh Raya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.