fbpx
Now Reading
Netizen Persoal Kenapa Banyak Hiasan Halloween Berbanding Deepavali Di Pusat Beli-belah

Netizen Persoal Kenapa Banyak Hiasan Halloween Berbanding Deepavali Di Pusat Beli-belah

Persoalan wanita tersebut mengenai dekorasi Halloween yang berada di pusat membeli-belah dan tempat awam itu secara tidak langsung telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Halloween merupakan salah satu sambutan yang disambut pada 30 Oktober di seluruh dunia. Pada dahulunya perayaan ini diraikan bagi memperingati orang yang telah mati dan banyak diamalkan di negara barat.

Mereka yang menyambut budaya ini kebiasaannya akan memakai kostum bertemakan seram dan sebagainya. Perayaan ini turut dikenali sebagai ‘All Hallow Eve All Saints’ Eve’.

Manakala bagi kanak-kanak pula mereka akan berkunjung ke kawasan kejiranan untuk mengutip gula daripada orang ramai.

Walau bagaimanapun, perayaan seperti ini jarang sama sekali diraikan di negara Asia Tenggara khususnya Malaysia kerana ia bukanlah salah satu daripada budaya di negara ini.

Wanita persoal kenapa pusat beli belah dan tempat awam buat dekorasi Halloween

Baru-baru ini, seorang wanita tampil mempersoalkan mengapa kebanyakan pusat membeli-belah termasuk tempat awam yang membuat dekorasi Halloween berbanding perayaan Deepavali yang bakal disambut pada Khamis ini (30 Oktober).

Persoalan itu dibuat oleh wanita berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook pada 25 Oktober (Jumaat) lalu.

Berpendapat ia bukan budaya di Malaysia, sebaliknya perlu dekorasi Deepavali

Malah dia turut berpendapat Halloween bukanlah perayaan yang menjadi budaya masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi.

“Serius mengapa banyak pusat membeli belah dan tempat awam di Malaysia ini mempunyai dekorasi halloween. Sejak bila Halloween adalah budaya kita?” soalnya.

Dia juga meminta orang ramai untuk menghormati bahawa musim perayaan Deepavali sudah bermula dan bukan Halloween.

“Hello ini adalah musim perayaan Deepavali bukan Halloween. Sila hormat kepada semua rakyat Malaysia.”

Persoalan wanita cetus pelbagai reaksi

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan apa yang dipersoalkan oleh wanita berkenaan. Malah ada yang mengatakan tempat awam serta pusat beli-belah sepatutnya mengutamakan dekorasi sambutan Deepavali.

Tidak kurang juga ada yang berasa kasihan apabila melihat ada segelintir jurujual yang terpaksa memakai kostum Halloween untuk meraikan sambutan tersebut.

Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang meminta wanita tersebut untuk menyatakan tempat terbabit kerana kebanyakan yang dikunjungi olehnya mempunyai dekorasi Deepavali.

Untuk makluman, umat Islam dilarang menyambut Halloween dan hukumnya adalah haram.

Menurut Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifly Mohamad Al-Bakri dalam laman sesawang rasmi, berdasarkan kajian sejarah didapati bahawa perayaan itu merupakan syiar untuk sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang sudah meninggal dunia.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Apa Hukum Umat Islam Sambut Perayaan Halloween? Ini Penjelasan JAKIM

“Setuju dengan anda”

“Mungkin anda boleh khususkan tempat tersebut. Kerana tempat-tempat yang saya kunjungi kebanyakannya mempunyai dekorasi Deepavali dan cantik dengan dekorasi kolam”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.