fbpx
Now Reading
“Rezeki Diorang” – Lelaki Dedah Gaji Pekerja Bangladesh Cecah Hingga RM3,500 [Video]

“Rezeki Diorang” – Lelaki Dedah Gaji Pekerja Bangladesh Cecah Hingga RM3,500 [Video]

Berdasarkan video tersebut, jelas kelihatan purata pendapatan yang diterima oleh sekumpulan warga Bangladesh itu adalah sebanyak kira-kira RM2,600 sehingga RM3,500.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Parlimen.

Dalam pembentangan itu, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700.

Kenaikan kadar gaji minimum itu mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia di mana rata-ratanya menyambut baik perkara terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2025: Gaji Minimum Dinaikkan Dari RM1,500 kepada RM1,700

Lelaki dedah purata gaji sekumpulan pekerja warga Bangladesh

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki menunjukkan beberapa sampul surat dipercayai gaji sekumpulan pekerja warga asing.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @razaliabduljalil, lelaki terbabit turut mendedahkan purata gaji pekerja-pekerja yang didakwanya daripada Bangladesh itu.

“Gaji minimum (naik) RM1,700? Jom tengok gaji pekerja Bangladesh purata berapa,” tulisnya di dalam video.

Purata gaji pekerja Bangladesh RM2,600 sehingga RM3,500

Berdasarkan video tersebut, jelas kelihatan purata pendapatan yang diterima oleh sekumpulan warga Bangladesh itu adalah berjumlah sekitar RM2,600 sehingga RM3,500.

Lelaki terbabit turut bertanya kepada para pengguna media sosial sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan kenaikan gaji minimun RM1,700 yang diumumkan Anwar baru-baru ini.

“Sekarang PMX (Anwar Ibrahim) umum gaji minimum RM1,700 sokong atau tidak?” soalnya.

@razaliabduljalil

Sekarang pmx mum gaji minimum rm1700 Sokong atau tak #gaji #bangla #projek #gajiminima

♬ suono originale – MusicSuperStore ✅

Ramai sifatkan gaji diterima warga asing itu setimpal dengan kerja dilakukan

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh orang ramai selepas melihat video tersebut.

Kebanyakan pengguna TikTok menyifatkan bayaran gaji yang diterima oleh warga asing terbabit adalah setimpal dengan bebanan kerja yang dilakukan oleh warga asing terbabit.

Malah kebanyakan pekerja asing terbabit juga sanggup bekerja melebihi masa pada setiap hari untuk mendapatkan gaji sedemikian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.