fbpx
Now Reading
“Tunjuk Baik Biar Bertempat” – TikToker Persoal Fattah Amin Tolak Duit Komisen RM90,000 [Video]

“Tunjuk Baik Biar Bertempat” – TikToker Persoal Fattah Amin Tolak Duit Komisen RM90,000 [Video]

Pok Teh berpendapat Fattah Amin sepatutnya mengambil wang berkenaan sebagai bayaran untuk hasil titik peluhnya sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, antara kisah yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila pelakon lelaki terkenal, Fattah Amin tampil membuat kemunculan dalam sesi siaran langsung (live) di TikTok jenama makanan Pak Mat Western.

Sesi siaran langsung itu menjadi bualan selepas berjaya mendapat 44 juta tanda suka dan 100,000 ribu tontonan walaupun baru lima minit bersiaran.

Dek kerana sambutan luar biasa sesi live tersebut, Fattah yang juga merupakan Juara Hero remaja 2011/2012 mendapat komisyen dipercayai mencecah RM90,000.

Namun, dia memilih menolak wang tersebut dan mahu ianya diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Fattah Amin Infak Semua Wang Komisen Hasil Jual Kambing Perap Kepada Yang Memerlukan [Video]

TikToker Persoal Fattah Tak Ambil Duit Komisyen

Walau bagaimanapun, tindakan Fattah yang tidak mengambil dan mahu menginfakkan wang komisen tersebut kepada insan yang memerlukan mendapat perhatian seorang pempengaruh TikTok, Pok Teh Racing.

Menerusi satu video di akaun TikTok @pokteh_racing3, dia mempersoal tindakan Fattah yang tidak mengambil satu sen pun wang berkenaan.

“Bila Pok Teh ada tengok dua tiga kali, fyp berkenaan dengan Fattah Amin, dia tolak komisen RM90,000 dari satu company ni untuk infak kepada orang ramai.

“Maknanya dia ada bekerja dengan satu company ni, jadi dia dapat komisen ke gaji ke, Pok Teh tak tahu lah.

“Dalam keadaan dia tengah down, dalam keadaan dia ada masalah rumah tangga, dia boleh tolak income yang sebanyak tu, RM90,000.

“Bro, kau ni biar betul bro? Aku tak tahulah, kau ni. Jarang orang tengah down, orang tengah jatuh, boleh tolak bulat-bulat.

“Kalau tengah up tu lain la kan, tapi orang kaya pun kedekut bro, artis yang kaya pun kedekut, apatah lagi artis yang miskin,” katanya.

Beri Nasihat Kepada Fattah Amin

Malah, influencer berkenaan turut menyamakan dirinya dengan pelakon utama Suri Hati Mr Pilot itu yang mana jika dia di tempat Fattah pasti akan mengambil wang tersebut.

Malah, Pok Teh turut berpendapat Fattah sepatutnya mengambil wang berkenaan sebagai bayaran untuk hasil kerjanya sendiri.

“Macam kau ni memang bukan level T20, Fattah Amin. Kalau nak kira kau dengan aku, kau pun bawah sikit daripada aku, aku atas sikit.

“Tapi aku tak tolak, income (pendapatan) masuk. Penat kita bekerja hasil titik peluh. Kena terima juga RM1,000 ke RM2,000 apatah lagi RM90,000.

“Fattah Amin, kau ni dah tak de akal ke? Aku nak nasihat pun kau dengan aku siapa, aku pun tak kenal kau,” katanya.

Malah, pempengaruh berkenaan turut memberi nasihat kepada Fattah Amin mengenai isu tular kisah rumah tangga pelakon lelaki itu.

“Macam ni lah, kalau kau rasa tak boleh terima income, kau tak payah buat kerja. Kesian kau dah kerja penat-penat, orang bayar gaji kau tolak.

“Kalau kau ada masalah rumah tangga, aku malas nak campur rumah tangga kau tapi satu aku nak cakap dengan kau.

“Kalau kau single aku boleh tolong recommend (cadang) untuk kau, kalau kau nak cari pengganti, aku boleh recommend.

“Aku ramai kawan perempuan, jangan sedih. Kita lelaki kena kuat. Aku pun dah biasa jatuh bangun tapi aku tak pernah mengalah.

“Ingat bunga bukan sekuntum. Kalau kau boleh rujuk, itu jalan terbaik, sekadar pesanan,” katanya lagi.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 728,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata mereka mengecam apa yang dikatakan oleh influencer berkenaan. Bagi mereka, tiada salahnya jika Fattah Amin mahu menginfakkan kesemua wang komisen tersebut bagi membantu orang lain.

Namun, ada juga sesetengah pengguna media sosial yang meminta agar pengguna lain mendengar dengan teliti mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh Pok Teh itu.

Jelas mereka, influencer itu sebenarnya menghormati tindakan Fattah kerana sanggup memberikan keseluruhan wang komisennya kepada golongan yang memerlukan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Lu Sapa Nak Sound Fattah Amin”

“Dengar Sampai Habis Dia Punya Video, Dia Respect Fattah Amin”

“Kau Sape Der”

“Bab Ni Bagus Pok Teh, Akhir Kata Pok Teh Respect Semangat Fattah Amin”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Fattah Amin Infak Semua Wang Komisen Hasil Jual Kambing Perap Kepada Yang Memerlukan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tidak Pernah Nampak Dia Gatal Atau Bercerita Hal Wanita” – Pekin Ibrahim Buka Mulut Tentang Fattah Amin

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.