“A Day In My Life”- Ramai Puji Kanak-Kanak Disiplin & Tak Tinggal Solat Lepas Balik Sekolah [Video]
Menerusi video tersebut kelihatan kanak-kanak perempuan berkenaan begitu berdisiplin sebaik dia pulang dari sekolah seperti menyusun beg, mengantung baju sekolah dan sebagainya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali ingin mengajar anak, ramai yang berpesan untuk mendidik mereka sejak dari kecil. Bak kata orang ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Kanak-kanak yang sedang membesar amat mudah untuk dilentur dan perlu dididik dengan sikap positif, nilai murni, berdisiplin serta mengenali agama mereka dengan baik.
Perkara ini penting agar anak-anak membesar menjadi seorang insan yang berguna kepada agama dan negaranya.
Kanak-kanak tunjuk rutin lepas balik sekolah raih perhatian ramai
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menunjukkan rutin hariannya setiap kali pulang dari sekolah sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video dimuat naik oleh Azimah, awalnya kelihatan kanak-kanak itu memasuki kamarnya selepas pulang dari sekolah rendah di Sabah.
Sebaik sahaja memasuki bilik, kanak-kanak itu meletakkan botol airnya di atas meja dan beg di ruang yang disediakan.
Balik terus salin dan sangkut baju sekolah sebelum solat
Tidak lama selepas itu, dia mengambil baju bersih untuk disalin selepas mandi manakala baju sekolah terus disangkut di tempat penyidai baju.
Sebaik sahaja selesai, dia lalu membersihkan diri dan menunaikan solat sebelum makan tengah hari.
Turut kelihatan kanak-kanak ini juga adalah seorang peminat kartun Kuromi iaitu salah satu karakter dalam Hello Kitty.
Peminat kartun Kuromi
Malah turut dapat dilihat kartun Kuromi ini ditampal pada pintu dan dia turut mempunyai set persalinan baju bercorak kartun comel berkenaan.
“Sehari dalam kehidupan saya, pulang dari sekolah. Yang penting dah siap solat, biar ibu tak marah. Dengar cakap ibu jangan tinggal solat.
“Dengar cakap ibu jangan tinggal al-Quran walau sehari, selawat Nabi SAW, doa ibu bapa,” tulis kapsyen pada video itu.
Ramai puji kanak-kanak comel dan rajin
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji kanak-kanak berkenaan dan mengatakan dia sangat rajin dan berdisiplin.
Malah ada juga yang mengakui ketika di bangku sekolah mereka kebiasaannya akan terus baring atau tidur sebaik pulang dari sekolah.