fbpx
Now Reading
Dah 2 Tahun Kahwin Baru Tahu ‘Suami’ Rupanya Wanita Yang Buat Pembedahan Tukar Jantina [Video]

Dah 2 Tahun Kahwin Baru Tahu ‘Suami’ Rupanya Wanita Yang Buat Pembedahan Tukar Jantina [Video]

Menurut Peguam Syarie, wanita berkenaan mengetahui tentang penukaran jantina suaminya itu semasa mengemas barang lama di rumah pusaka nenek individu terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Agama Islam amat menggalakkan umatnya untuk bernikah agar dapat menjaga kesucian diri daripada berlakunya perbuatan zina dan sebagainya.

Bagaimanapun, sebelum mendirikan rumah tangga, terdapat beberapa syarat rukun sah nikah yang wajib dipenuhi agar pernikahan itu sah di sisi agama.

Antara syarat rukun tersebut adalah individu yang ingin dinikahi mestilah bukannya mahram atau muhrim serta memiliki jantina yang berbeza.

Selepas 2 tahun kahwin, isteri baru tahu ‘suami’ sebenarnya wanita

Bagaimanapun, lain pula dengan kisah seorang wanita ini yang hanya mengetahui bahawa ‘suaminya’ itu bukanlah lelaki tulen setelah dua tahun mereka bernikah.

Kisah pelik tapi benar yang berlaku di Malaysia itu dikongsikan sendiri oleh seorang peguam Syarie, Hazwani Zainal di akaun TikTok miliknya.

Menurut Hazwani, wanita berkenaan mengetahui tentang perkara itu semasa mengemas barang lama milik ‘ si suami’ di rumah pusaka neneknya.

Terjumpa dokumen perubatan ‘suami’ pernah buat pembedahan tukar jantina

Dia terjumpa dokumen perubatan di atas nama ‘suaminya’ yang membuktikan bahawa individu itu pernah melakukan pembedahan untuk menukar jantina.

“Rupanya dia pernah buat pembedahan untuk jadikan dia lelaki dan ada surat kelulusan untuk pinda maklumat jantina pada kad pengenalan,” kata wanita itu.

Kata wanita itu lagi, di dalam kad pengenalan ‘suaminya’ juga ditulis sebagai lelaki selain keadaan fizikalnya membuatkan pejabat agama boleh meluluskan pernikahan mereka.

Simpan segala bukti dan bawa kes ke mahkamah

Segala dokumen perubatan dan bukti-bukti lain yang mengatakan ‘suaminya’ itu bukanlah lelaki tulen turut disimpan oleh wanita secara senyap-senyap tanpa pengetahuan pasangannya.

Dedah Hazwani, beliau mengarahkan wanita itu untuk membuat laporan kepada Pendaftaran Nikah di Pejabat Agama Daerah berkenaan dakwaan tersebut.

Selain itu, beliau turut meminta wanita terbabit memohon kepada mahkamah syariah untuk membubarkan (faraq) nikah tersebut kerana pernikahan berkenaan tidak sah di sisi hukum syarak.

Untuk info, faraq perkahwinan ialah pemutusan ikatan pernikahan di antara pasangan suami isteri atas sebab-sebab tertentu.

@puanhazwanizainal

FARAQ NIKAH: TERNIKAH SAMA JANTINA Isu pembedahan plastik untuk menukar jantina adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian kerana ianya melibatkan banyak isu agama yang akan timbul. Misalnya isu perkahwinan pihak-pihak. Apabila berlaku terkahwin sesama jantina tanpa sedar, maka perkahwinan tersebut hendaklah difaraqkan walaupun pembedahan tersebut berjaya menyebabkan alat kelamin plastik tersebut berfungsi. #faraqnikah #perceraian #pembubaranperkahwinan

♬ Kecewa – Tuah Adzmi

Kes dibawa ke mahkamah, individu itu terbukti wanita bukan khunsa

Kes terbabit kemudiannya dibawa ke mahkamah dan ‘lelaki’ itu terbukti sebenarnya adalah wanita dan bukannya khunsa.

Dalam perbicaraan itu, kakak kepada individu terbabit turut dipanggil menjadi salah satu saksi dan telah membuktikan bahawa di dalam sijil lahir adiknya tertera jantina asal iaitu perempuan.

Malah, kakak kepada individu itu juga turut membuat pengakuan bahawa adiknya adalah seorang wanita.

Susulan itu, keputusan akhir mahkamah menetapkan agar perkahwinan berkenaan difarakkan kerana tidak sah selain pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diperintahkan untuk menukar semula jantina dan nama individu terbabit kepada yang asal seperti mana yang tercatit di dalam sijil lahirnya.

@puanhazwanizainal

Replying to @azznizury KES PERKAHWINAN SAMA JANTINA Kes seperti ini pernah berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka. Kes ini bermula di Mahkamah Rendah Syariah dan telah diputuskan pernikahan tersebut tidak sah. Kemudiannya telah dirayu namun rayuan ditarik balik. Namun begitu, Mahkamah Tinggi Syariah telah membuat semakan untuk meneliti sejauhmana prosiding kes di Mahkamah Rendah tersebut dijalankan mengikut lunas syarak dan Undang-undang. Diakhir dapatan Mahkamah, Yang Arif Hakim berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah dan mengekalkan keputusan tersebut. #pembubaranperkahwinan #semakankes

♬ Taubat – Opick
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.