fbpx
Now Reading
“Itu Namanya Zina Telinga”- Ustaz Adnin Tegur Orang Ramai Guna Lagu APT Dalam Konten [Video]

“Itu Namanya Zina Telinga”- Ustaz Adnin Tegur Orang Ramai Guna Lagu APT Dalam Konten [Video]

Menerusi video tersebut Ustaz Adnin turut menjelaskan mendengar perkara yang haram merupakan salah satu zina iaitu zina telinga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan muzik yang rancak dengan lirik yang berulang membuatkan pendengar mudah untuk tertarik dan menyanyikannya.

Namun umum mengetahui Islam meletakkan garis panduan dalam hiburan termasuklah muzik atau lagu di mana kita dilarang daripada mendengar perkara yang boleh melalaikan.

Sejak beberapa hari lalu, lagu berjudul APT bermaksud ‘apartment’ yang dinyanyikan oleh ahli kumpulan Blackpink, Rose bersama Bruno Mars telah menjadi perhatian ramai. Malah rentak lagunya membuatkan lagu ini mula menjadi siulan ramai.

Selain itu, ramai juga yang menggunakan lagu ini sebagai latar belakang muzik dan konten yang dimuat naik memandangkan ia sedang ‘trending’.

Ustaz Adnin larang dengar lagu APT, dengar lagu tak baik adalah zina telinga

Walau bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan lagu tersebut kerana membawa maksud yang kurang baik. Malah seorang pengguna media sosial turut meminta pendakwah selebriti, Ustaz Adnin untuk menegur mereka yang memakai lagu tersebut dalam konten mereka.

Ustaz Adnin dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, kemudiannya turut mendedahkan lirik lagu APT yang menjadi kesukaan ramai itu sebenarnya mempunyai maksud yang mengajak ke arah pergaulan bebas, zina, arak dan banyak lagi.

“Kalau korang dengar lagu-lagu yang macam tu, itu namanya zina telinga (eargasm). Kau ingat zina tu, zina kemaluan sahaja ke? Tak.

“Zina ni ada zina mata, melihat benda yang haram. Zina hati, membayangkan benda yang haram. Zina telinga, mendengar benda-benda yang haram dan juga zina kemaluan iaitu berzina.

“Jika dengar lagu-lagu yang macam itu, benda ini zina telinga boleh merosakkan iman dan hati kita,” ujarnya dalam video tersebut.

Dedah komposer lagu sokong zionis

Ustaz Adnin turut mendedahkan komposer untuk lagu itu secara terang-terangan dipercayai menyokong zionis.

“Korang semangat-semangat benci Israel tapi dia orang hidangkan hiburan sedikit korang dah lalai, terus hilang prinsip semata-mata nak viral.

“Janganlah begitu sahabat-sahabat sekalian, okay.”

Jelas Ustaz Adnin lagi, antara perjuangannya untuk membantu anak muda berubah selain memberikan ceramah dan menulis buku dia juga ada menghasilkan lagu-lagu dakwah.

Malah dalam video sama, Ustaz Adnin juga ada berkongsi antara lagu yang boleh didengari adalah ‘Tuhan Aku Ingin Hijrah’ dan ia boleh didengar menerusi YouTube.

Sebelum ini, Public Health Malaysia (PHM) turut mengingatkan orang ramai yang lagu tersebut memperlihatkan normalisasi tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya timur.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.