fbpx
Now Reading
Mencelah Ke Semua Lorong Dengan Laju, Myvi King Punca Toyota Vios Kemalangan [Video]

Mencelah Ke Semua Lorong Dengan Laju, Myvi King Punca Toyota Vios Kemalangan [Video]

Tindakan pemandu kereta Perodua Myvi yang mencelah ke lorong lain dalam keadaan laju telah menyebabkan berlakunya kemalangan kepada Toyota Vios.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali berada di atas jalan raya, tidak dinafikan pasti kita akan berjumpa dengan segelintir pemandu yang tidak beretika dan mementingkan diri sendiri.

Malah sikap mereka yang memandu kenderaan dalam keadaan berbahaya juga telah menyebabkan pengguna jalan raya lain terbabit dalam kemalangan.

Myvi mencelah ke tiga lorong dengan laju

Perkara sama turut berlaku kepada sebuah kereta ini apabila terdapat pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang memandu dengan cuai sehingga berlaku kemalangan.

Menerusi video dashcam yang tular di X, awalnya kelihatan kereta Myvi berwarna putih dari arah belakang dipandu dengan laju.

Sebaik melepasi kenderaan pemilik dashcam, Myvi itu kemudian menukar laluannya dari lorong kanan ke tengah dan terus mencelah ke lorong kiri.

Mencelah ke lorong kanan sebelum rempuh Toyota Vios

Tidak lama selepas menukar laluan ke lorong kiri dia kemudian dilihat mencelah sekali lagi ke lorong tengah sebelum masuk semula ke lorong kanan sehingga menyebabkan Toyota Vios kemalangan.

Keadaan itu telah menyebabkan kereta Toyota Vios yang berada di lorong kanan kemudiannya terhimpit dan melanggar tembok pembahagi jalan.

Kedua kenderaan itu bagaimanapun dilihat berjalan dan di dalam video kelihatan Myvi berkenaan berada di hadapan Toyota Vios terbabit.

Tidak lama selepas insiden terbabit, Toyota Vios itu dilihat memperlahankan kenderaannya seperti ingin berhenti di lorong kanan, namun kereta Myvi tidak kelihatan dan dipercayai terus berjalan meninggalkan kereta tersebut.

Menerusi maklumat pada video dashcam berkenaan, insiden dipercayai berlaku pada 19 Oktober.

Ramai geram lihat cara pemanduan pemandu Myvi

Melihat di ruangan balas, ramai yang geram dengan cara pemanduan Myvi berkenaan dan turut meminta pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil tindakan lanjut.

“Ada neraka khas la untuk yang suka menyusahkan orang lain macam ni. Kalau kau nak terbabas sorang tak apa ni kau libatkan orang lain”

“Tolong PDRM dan JPJ”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.