fbpx
Now Reading
Pendedahan Founder Produk Tentang Syarat Fattah Amin Jika Mahu Dilantik Jadi Duta Raih Pujian [Video]

Pendedahan Founder Produk Tentang Syarat Fattah Amin Jika Mahu Dilantik Jadi Duta Raih Pujian [Video]

Usahawan, Nurul Syaheera turut memuji keperibadian Fattah Amin dan mengakui apa yang dikatakan oleh orang ramai tentang sikap pelakon itu adalah benar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak berpisah dengan Fazura, rezeki pelakon lelaki terkenal, Fattah Amin dilihat semakin mencurah-curah.

Jika sebelum ini, Fattah menjadi pilihan jenama makanan terkenal, Pak Mat Western untuk muncul dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Kali ini, jenama produk lain pula mengambil langkah yang sama dengan melamar aktor berusia 34 tahun itu sebagai duta produk.

Fattah Letak Syarat Sebelum Dilantik Jadi Duta Produk

Walau bagaimanapun, seorang usahawan atau pengasas produk (founder) mendedahkan Fattah ada meletakkan beberapa syarat yang perlu diikuti sebelum menerima tawaran tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @rissaskin_hq, usahawan produk Datin Nurul Syaheera mendedahkan Fattah bersetuju untuk menjadi duta produk kopi miliknya.

Namun, mereka perlu mengikut syarat yang ditetapkan oleh pelakon tersebut.

 “Dia setuju tapi bersyarat. Banyak syarat dia. Tapi kita terima syaratnya,” katanya.

Melalui perkongsian tersebut, Syaheera turut mendedahkan apakah syarat yang ditetapkan oleh Fattah sebelum dia bersetuju menerima tawaran tersebut.

“Satu, tak boleh jual mahal. Okay, saya boleh terima. Kedua, syarat dia, tak boleh konten joget-joget, itu syarat dia. Saya tak tipu.

“Kalau nak rekod biasa-biasa boleh, kalau konten joget-joget tak boleh. Itulah syarat-syaratnya yang kita kena terima kalau nak ambil Fattah Amin,” katanya.

Bagi Syaheera, dia tidak kisah dengan syarat yang ditetapkan oleh Fattah kerana baginya, tujuan asal mereka adalah untuk menjual produk.

Mahu Pastikan Produk Dijual Menjadi Kegemaran

Tambah usahawan itu lagi, Fattah juga mahu memastikan produk kopi tersebut kena dengan citarasanya sebelum dilantik menjadi duta.

“Lagi satu dia kata, kalau nak buat produk tu, make sure produk tu dia suka. Dia try dulu, dia rasa dulu, kalau ok baru dia approve. Dia bukan main sebat je,” dedahnya lagi.

Malah, Syaheera turut memuji keperibadian juara Hero Remaja 2011/2012 itu dan mengakui apa yang dikatakan oleh orang ramai tentang sikap pelakon itu adalah betul.

“Dia baguslah, kita sebagai nak JV (joint venture) dengan dia, kita rasa macam, baguslah si Fattah ni,” katanya.

Perkongsian Buat Ramai Kagum Keperibadian Fattah Amin

Video yang telah mendapat lebih 160,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Majoriti mereka tidak menyangka dan memuji perbuatan Fattah yang sanggup meletakkan syarat sedemikian.

Ini kerana mereka berpendapat syarat yang ditetapkan itu sememangnya bagus bagi menjaga imej dirinya sendiri.

Malah, Fattah dilihat tidak gopoh dalam membuat keputusan sebelum menerima sebarang tawaran untuk menjadi duta produk.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Betul La Tu, Dia Rasa Bertanggungjawab Kalau Diorang Beli Produk Salah, Sebab Tu Dia Rasa Dulu”

“Betullah Produk Viral, Kalau Ada Problem Nama Fattah Yang Buruk”

“Baiknya Fattah”

“Respect Betul Fattah Amin, Hebat Didikan Emak Ayah Dia”

Baca Artikel Berkaitan: “Tunjuk Baik Biar Bertempat” – TikToker Persoal Fattah Amin Tolak Duit Komisen RM90,000 [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Fattah Amin Infak Semua Wang Komisen Hasil Jual Kambing Perap Kepada Yang Memerlukan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tidak Pernah Nampak Dia Gatal Atau Bercerita Hal Wanita” – Pekin Ibrahim Buka Mulut Tentang Fattah Amin

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.