fbpx
Now Reading
Portal Koreaboo Dakwa Kerajaan Malaysia Kritik Lirik Lagu APT, Ini Respon KKM

Portal Koreaboo Dakwa Kerajaan Malaysia Kritik Lirik Lagu APT, Ini Respon KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa pihak mereka tiada sebarang kaitan dengan hantaran mengenai lirik lagu APT nyanyian ROSÉ dan Bruno Mars.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lagu terbaharu berjudul ‘APT’ yang dinyanyikan oleh ahli kumpulan pop Korea Blackpink ROSÉ dengan penampilan khas menampilkan Bruno Mars mendapat sambutan cukup hangat di seluruh dunia.

Mana tidaknya, lirik dan rentak lagunya yang agak ‘catchy’ membuatkan ramai yang terikut dan mula menggemari muzik berkenaan.

Namun Facebook Public Health Malaysia menerusi hantaran mereka pula dikatakan menyelar lirik lagu tersebut kerana mendakwa ia seolah-olah menggalakkan tingkah laku kurang sopan.

Menurut PHM, istilah ‘APT’ atau ‘apartment’ dilihat sebagai simbolik untuk tempat pertemuan dalam konteks menggoda dan mereka sekaligus menasihati ibu bapa untuk peka dengan pengaruh budaya barat terhadap anak-anak.

FB Page Koreaboo Tersalah Kecam Kementerian Kesihatan Malaysia

Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian masyarakat Korea Selatan sehingga wujud artikel yang mendakwa kementerian di Malaysia mengecam lagu berkenaan.

Namun apa yang menjadi tumpuan apabila laman itu tersilap menyebut bahawa hantaran berkenaan dikeluarkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bukannya PHM.


KKM Nafi Dakwaan Terlibat Dalam Mengecam Lirik Lagu APT

Susulan itu, KKM mengeluarkan kenyataannya menerusi ciapan di laman X (@KKMPutrajaya) dengan menegaskan bahawa pihak mereka tidak sebarang kaitan dengan hantaran yang dibuat mengenai lirik lagu APT.

“Kami ingin menekankan bahawa hantaran itu dibuat oleh sebuah entiti yang tidak mempunyai kaitan dengan Kementerian dalam apa jua bentuk sekalipun.

“Sila berhati-hati dengan maklumat yang tidak sah di atas talian kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang awam,” jelas KKM.

Oleh itu, KKM menasihati orang ramai untuk mendapatkan maklumat daripada laman rasmi mereka bagi menerima informasi dan perkembangan berkaitan kesihatan.

Sebagai info PHM adalah sebuah platform advokasi yang banyak berkongsi maklumat dan isu berkaitan kesihatan awam.

Menerusi maklumat pada laman tersebut, fokus utama mereka adalah ‘Pencegahan, Perlindungan dan Promosi’ Kesihatan.

Namun tidak dapat dipastikan siapakah pengendali dan individu di sebalik laman tersebut.

Malah e-mel rasmi yang digunakan laman ini juga adalah berbentuk peribadi dan langsung tidak menggunakan domain kerajaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.