fbpx
Now Reading
“Tadi Lembab” – Tindakan Kereta Pandu Perlahan Tiba-Tiba Laju Selepas Dipotong Lori Cetus Perdebatan [Video]

“Tadi Lembab” – Tindakan Kereta Pandu Perlahan Tiba-Tiba Laju Selepas Dipotong Lori Cetus Perdebatan [Video]

Tindakan pemandu kereta Toyota Yaris itu mengundang kemarahan pemandu lori terbabit kerana dia sebelum ini memandu secara perlahan namun tiba-tiba meningkatkan kelajuan ketika dipotong.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila berada di jalan raya, pelbagai ragam dan perangai pengguna dapat dilihat. Ada yang mematuhi peraturan namun ada juga yang bersikap mementingkan diri sendiri.

Antara yang paling biasa dijumpai adalah sikap segelintir pemandu yang suka memandu perlahan dan ada juga yang suka memandu secara melulu.

Sikap mementingkan diri tanpa mengambil peduli tentang pengguna jalan raya yang lain bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan malah ia juga boleh mencetuskan pergaduhan.

Kereta Toyota Yaris Dipandu Perlahan

Terbaharu, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pemandu lori gagal memotong sebuah kereta yang memandu secara perlahan di hadapannya.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan semula di Facebook Besihitam Studio, kelihatan sebuah kereta Toyota Yaris berwarna merah sedang dipandu perlahan menerusi lorong kiri di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Tapah, Perak.

Melalui perkongsian tersebut, pemilik dashcam yang merupakan pemandu lori cuba memotong kereta berkenaan disebabkan kelajuan yang dibawa oleh kereta itu agak perlahan di lorong kiri.

Lori berkenaan kemudiannya dilihat cuba memintas kereta tersebut menerusi lorong memotong.

Gagal Pintas Kereta Disebabkan Pemandu Kereta Tingkatkan Kelajuan

Walau bagaimanapun, ketika dia sedang memintas dan cuba masuk semula ke laluan sebelah kiri, pemandu kereta Toyota Yaris terus meningkatkan kelajuan hingga menyebabkan lori berkenaan gagal memotongnya.

Tindakan pemandu kereta itu mengundang kemarahan pemandu lori terbabit kerana sebelum ini dia yang memandu secara perlahan secara tiba-tiba dilihat dengan sengaja meningkatkan kelajuan.

Malah, turut kedengaran pemandu lori marah dan secara spontan terus membunyikan hon bagi menyedarkan pemandu kereta tersebut.

“Orang memotong kau tekan minyak, lepas tu tadi lembab,” kata pemandu lori tersebut.

Lori tersebut kemudiannya dilihat dapat memasuki semula lorong di sebelah kiri dan masih berada di belakang kereta Toyota Yaris itu.

Namun, apa yang turut menjadi perhatian adalah kereta berkenaan tetap memandu dengan kelajuan yang perlahan sama seperti sebelum dia dipotong oleh lori terbabit.

Cara-cara dekatkan diri dengan pencipta

Cara-cara dekatkan diri dengan pencipta

Posted by Besihitam Studio on Monday 28 October 2024

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi, Ada Yang Bengang, Ada Yang Anggap Salah Lori

Video tersebut nyata mencuri perhatian pengguna media sosial. Kebanyakan daripada mereka mempunyai pendapat masing-masing setelah melihat situasi tersebut.

Ada di antara pengguna yang geram dan bengang melihat tindakan pemandu kereta terbabit yang seolah-olah tidak membenarkan lori tersebut memotongnya sehingga mendatangkan kesukaran kepada pemandu lori.

Namun, ada juga yang menyalahkan pemandu lori kerana mereka berpendapat kenderaan berat seharusnya tidak dipandu laju dan duduk di lorong kiri.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat mungkin berlakunya kejadian sebelum itu yang menyebabkan pemandu kereta berkenaan bertindak sedemikian.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Tak Payahlah Nak Salahkan Lori Tu, Dalam Belajar Lesen Tak De Kata Lori Tak Boleh Memotong”

“Dah Tahu Kenderaan Berat, Duduk Kiri Sajalah”

“Memang Kebanyakan Macam Ni, Bawa Slow Bila Nak Potong Dia Tekan Duk Sebelah”

“Ini Mesti Lori Buat Hal Dulu, Lepas Tu Nak Play Victim”

“Memang Ada Spesies Macam Ni, Bawa Lambat, Bila Kita Memotong, Dia Tekan Minyak Pula”

Baca Artikel Berkaitan: Pandu Perlahan Di Lorong Kanan, Ramai Puas Hati Lihat Abang Bas ‘Ajar’ Pemandu Kereta [Video]

Baca Artikel Berkaitan: ‘Pilot Darat’ Buat Hal, Cucuk Rapat Belakang Kereta Semasa Di Lorong Tengah Lebuh Raya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.