
“Berapa Kalori Tu?” – Ramai Luah Kerisauan Lepas Lihat Air Minuman Coklat & Soft Cookies Bersaiz Mega [Video]
Majoriti pengguna menzahirkan rasa risau apabila melihat hidangan air minuman coklat dan soft cookies bersaiz mega itu kerana kandungan gula dan kalorinya yang tinggi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap orang pastinya suka menikmati benda yang manis contohnya seperti air ataupun dessert.
Pada ketika ini, jika ada peniaga baharu yang tular menjual manisan, pasti ramai yang mahu mencubanya apatah lagi jika ia telah diberikan ulasan yang baik oleh influencer.
Selain daripada mengupah pempengaruh, antara cara lain bagi melariskan jualan adalah dengan menghasilkan produk yang unik dan berbeza dengan yang lain.
Namun sejak akhir-akhir ini, orang ramai dilihat semakin cakna tentang kesihatan sehingga ada yang berani ‘menegur’ dan memberi pendapat jika melihat hidangan melampau yang boleh memudaratkan individu.
TikToker Review Hidangan Manisan Bersaiz Mega
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @bestfoodmy, seorang wanita yang dipercayai moderator sedang membuat review mengenai hidangan unik sebuah restoran.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat dia sedang menikmati menu air coklat dan biskut lembut (soft cookies) yang disediakan di restoran berkenaan.
Apa yang menjadi perhatian adalah saiz kedua-dua menu itu agak besar dan boleh dinikmati oleh tiga hingga empat orang individu.
Malah, wanita tersebut dilihat turut menghadapi kesukaran untuk minum minuman berkenaan dek kerana cawannya yang agak besar dan berat.
Namun, dia akhirnya berjaya menikmati minuman tersebut dengan amaun yang sedikit.
Tidak hanya itu, wanita berkenaan dilihat menikmati soft cookies bersaiz mega penuh dengan inti seperti kunafa dan mochi bersama minuman coklat tersebut.
@bestfoodmy Mega Cup Chocolate Milk & Big Thai Milk Tea Soft Cookies @thongchamalaysia!🤤✨ 📍Available at Thong Cha and Thong Bowl outlets from 1st November 2024, for a limited time only! Outlets: ✅IOI City Mall Putrajaya (Sympony Walk, West) ✅Publika Shopping Gallery ✅Sri Petaling ✅KLIA 2 (Level 3)
♬ original sound – Best Food Malaysia – Best Food Malaysia
Pengguna Media Sosial Risau Lihat Wanita Makan Hidangan Manis
Video yang telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, majoriti pengguna meluahkan kerisauan masing-masing apabila melihat hidangan manisan bersaiz mega itu.
Ini kerana mereka berpendapat hidangan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu bakal menghidapi penyakit kencing manis.
Tidak kurang juga ada yang mengira berapa kalori yang ada pada hidangan yang dinikmati oleh wanita tersebut.
Selain itu, ada juga yang mempersoal adakah wanita berkenaan mampu menghabiskan menu tersebut memandangkan saiznya yang agak besar.
Dalam ramai yang mengecam, ada pengguna media sosial yang menyuarakan keinginan untuk cuba menikmati hidangan berkenaan.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Fuhh Confirm Kencing Manis”

“Please, Saya Penat Nak Buat Kaunseling Kencing Manis, Dahla Stok Insulin Sangat Tenat”

“Siapa Habiskan Semua Tu?”

“Sebelum Ada Anxiety Saya Pun Terliur & Teruja Tengok, Bila Ada Anxiety Saya Dah Tak Berani Cuba Minum Cafein, Manis Sangat Atau Tak Menyihatkan”

“Ini Kalau Makan Sorang, Lepas Settle Makan Minum Boleh Pack Baju Tinggal Pilih Nak Stay Hospital Mana”

Baca Artikel Berkaitan: Gemar Minum Teh Tarik & Teh Ais, Pesakit Diabetes Kongsi Tabiat Pemakanan Sampai Kaki Kena Potong [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Air Gas Jadi Kegemaran, Wanita Hidap Kencing Manis Hingga Hilang Sebelah Kaki [Video]