fbpx

“Comel”- Gelagat Pakcik Berusaha Ambil Gambar Makanan Buat Ramai Terkenangkan Bapa [Video]

Kelihatan pakcik tersebut turut berdiri untuk mengambil gambar makanan yang dipesannya sebelum menjamahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali terjumpa warga emas pasti kita akan terkenang atau rindu ibu bapa kita.

Malah apa yang lebih membuatkan seseorang itu terkenangkan mereka apabila individu yang dijumpai itu mempunyai karakter atau rupa yang mirip seperti ibu dan bapa mereka.

Warga emas bersungguh-sungguh ambil gambar raih perhatian

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki warga emas yang dilihat bersungguh-sungguh mengambil gambar sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bukancarr0tx, awalnya menunjukkan pakcik berkenaan sedang duduk di meja makan ketika berada di sebuah medan selera.

Dia kemudian dilihat cuba mengambil gambar sebaik makanan dipesan dihantar ke meja makan.

Namun apa yang menarik perhatian kelihatan pakcik berkenaan begitu bersungguh-sungguh ingin mengambil gambar termasuklah berdiri bagi memastikan ia cantik dan mencapai standard yang diinginkan.

Malah kelihatan telefon bimbit yang digunakan dirapatkan kepada muka agar dia dapat menangkap gambar yang cantik.

Rakam gelagat pakcik kerana comel

Gelagatnya itu kemudian telah dirakam oleh @bukancarr0tx yang merasakan pakcik tersebut comel.

Selepas mendapat gambar yang diinginkan barulah dia duduk semula dan bersedia untuk menjamah makanan terbabit.

“Maaf pakcik, rakam sebab comel,” tulisnya di ruang kapsyen.

Umum mengetahui setiap kali melihat warga emas mengambil gambar adakalanya ia kelihatan begitu comel kerana meskipun mempunyai kebatasan seperti mata kurang jelas namun mereka tetap mencuba.

@bukancarr0tx

sorry pakcik, record sebab comel 🥺

♬ suara asli – Sadvibes🥀 – Sadvibes🥀

Gelagat pakcik buat ramai teringat kepada bapa

Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan pakcik tersebut comel dan gelagatnya itu membuatkan mereka terkenang kepada bapa dan datuk tersayang.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan pakcik itu pasti ingin menghantar gambar makanannya itu ke dalam grup keluarga di WhatsApp.

Ada juga yang mendoakan agar warga emas itu sentiasa dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik.

“Eeee comelnya pakcik. Semoga sihat selalu”

“Aku dah tak ada ayah, tapi kan waktu aku jauh dengan dia. Dia selalu hantar gambar tengah makan, meeting. Rindunya dekat dia.”

“Macam arwah abah suka ambil gambar”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.