
Peniaga Dakwa Ada Influencer ‘Offer’ Reviu Kedai Makan, Tapi Minta Caj Ribuan Ringgit
Di ruang komen, peniaga turut mendedahkan jumlah yang ditawarkan oleh influencer berkenaan lebih daripada RM3,000 untuk reviu gerainya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Influencer merupakan salah satu kerjaya yang wujud selepas munculnya media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan banyak lagi.
Antara kerjaya influencer ini adalah memberi pengaruh kepada orang ramai menerusi konten yang dilakukan seperti kecantikan, masakan, fesyen, makanan serta banyak lagi.
Malah kita juga dapat melihat ramai para peniaga yang berkolaborasi bersama influencer untuk mempromosikan perniagaan mereka seperti membuat reviu produk, kedai dan banyak lagi.
Tak dinafikan dengan jumlah pengikut ramai yang dimiliki oleh seseorang influencer itu ia secara tidak langsung dapat menaikan jenama sesebuah perniagaan. Namun tentu sahaja promosi dilakukan perlulah dibayar.
Peniaga dedah influencer tawar harga ribuan ringgit buat review
Baru-baru ini, seorang peniaga makanan apabila terdapat influencer menawarkan diri untuk membuat reviu digerainya namun meminta bayaran mahal untuk servis tersebut.
Menurut peniaga, Abgnasigoreng tersebut dia menjalankan perniagaan makanan di tepi jalan menjual aneka nasi goreng yang menggunakan beras Basmathi di Pasir Gudang, Johor.
Ujarnya terdapat seorang influencer makanan ingin membuat reviu di kedainya, namaun menawarkan harga sehingga ribuan ringgit.
Katanya, harga yang ditawarkan untuk membuat reviu di gerainya terlalu mahal dan tidak dapat diketahui berapakah jumlah penonton yang akan melihat konten tersebut.
“Kalau bayar mahal-mahal aku dapat lebih 1 juta penonton ok juga! Aku ni gerai jalanan bukan boleh dapat crowd (orang ramai) gila-gila, agaklah nak tawar,” katanya dalam satu hantaran Threads.
Geram, influencer buat cara mudah untuk dapatkan duit
Tawaran itu secara tidak langsung membuatkannya geram dan merasakan influencer begitu mudah untuk mendapatkan wang malah makanan juga diberi secara percuma.
“Geram ya senang buat duit, makan dapat duit pun dapat.”

Ada netizen nasihatkan untuk tengok jumlah pengikut dimiliki influencer, puji peniaga ketengahkan isu kapasiti gerai
Melihat di ruangan komen, ada pengguna menasihatkan peniaga tersebut untuk melihat berapakan jumlah penonton dan jangkaan berapakah pelanggan yang boleh dibawa berkunjung ke gerai tersebut.
Tidak kurang juga ada berpendapat dia membuat keputusan yang bagus apabila memikirkan tentang kapasiti pelanggan yang akan hadir ke gerai sekiranya ia menarik terlalu ramai orang.
Peniaga itu turut mendedahkan harga yang ditawarkan itu lebih RM3,000 untuk reviu di gerainya.
Namun dia juga enggan mendedahkan identiti influencer tersebut apabila ditanya oleh orang ramai.

Thread tersebut turut menarik perhatian ramai influencer konten makanan lain seperti Ceddy dan Abang foodie.


“Tahniah bang sebab terlintas nak fikir pasal kapasiti. Viral-viral kang nanti tak menang tangan lepas tu servis out. hauk juga nanti”

“Siapa tu beritahu sikit”

“Oh tawar diri tapi minta bayaran. Ya ampun..”
