fbpx
Now Reading
“Semangat Deepavali Kak!” – Ramai Kagum Lihat Sekeluarga Pulun Cuci Rumah, Siap Sental Lantai [Video]

“Semangat Deepavali Kak!” – Ramai Kagum Lihat Sekeluarga Pulun Cuci Rumah, Siap Sental Lantai [Video]

Bukan sahaja bahagian dalam rumah malah bahagian luar juga turut dicuci dipercayai sebagai persediaan menyambut Deepavali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kurang sehari sahaja lagi, masyarakat India akan menyambut sambutan perayaan hari Deepavali pada Khamis (31 Oktober) ini.

Sama seperti orang lain, sudah pasti pelbagai persiapan perlu dibuat khususnya dari segi persediaan makanan atau pakaian.

Tidak ketinggalan, mengemas rumah juga menjadi aktiviti wajib yang dilakukan oleh kebanyakan orang dalam menyambut hari istimewa itu.

Lazimnya, cara biasa yang dilakukan ketika mengemas rumah adalah sekadar mengemop dan menyapu lantai serta mencuci kotoran yang lain.

Bukan Sekadar Mop Biasa, Turut Sental Lantai Guna Berus Sabut

Namun, berbeza pula dengan sebuah keluarga India ini apabila cara mereka membersihkan kediamannya dilihat berbeza dari kebiasaan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nagananthani semalam (29 Oktober) yang kebetulan sehari sebelum Deepavali, kelihatan dia dan beberapa ahli keluarga yang lain sedang membersihkan rumah.

Apa yang menarik perhatian adalah cara cucian mereka yang amat teliti dan jarang dilakukan oleh kebanyakan orang.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat seorang wanita bertindak mencuci dinding kediamannya dipercayai menggunakan peralatan seperti berus sabut.

Manakala, seorang lagi wanita mengambil tugas mengemop lantai. Namun, dia dibantu oleh seorang kanak-kanak lelaki yang turut menyental lantai berkenaan menggunakan berus.

Tidak hanya itu, turut terdapat seorang lagi kanak-kanak lelaki lain yang turut sama menyental lantai rumah berkenaan.

Cuci Satu Rumah Hingga Bahagian Luar Kediaman

Yang lebih menarik, mereka bukan sahaja hanya mencuci bahagian dalam rumah, namun bahagian luar juga turut dicuci.

Malah, dapat dilihat kesemua ruang dipenuhi dengan sabun bagi tujuan membuang kotoran.

Ramai Kagum Kerajinan & Ketelitian Keluarga Cuci Rumah

Video yang telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan itu nyata mencuri perhatian ramai.

Rata-rata kagum dengan sikap dan tindakan keluarga itu yang dianggap begitu teliti dan rajin mengemas rumah mereka dengan cara sedemikian.

Malah, majoriti pengguna media sosial turut mengakui bahawa kebanyakan rumah masyarakat India yang dikunjungi mereka berada dalam keadaan yang sangat kemas.

Ini kerana kebanyakan mereka sememangnya amat teliti dan bersungguh apabila mencuci rumah selain terkenal sebagai pembersih.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Walaupun Rumah Diorang Tak De Tikar Getah, Percayalah Memang Bersih. Kagum Betul Tengok, Habis Semua Disental”

“Pernah Dengar Abang Naim Pest Control Bagitahu Rumah India Bersih & Berkilat, Sekarang Saya Faham Kenapa”

“Rumah Orang Indialah Yang Terpaling Bersih, Lantai Diorang Macam Cermin Berkilat”

“Basuh Tau, Bukan Mop”

“Rumah India Memang Bersih, Jarang Kotor & Bersepah”

“Ini Baru Betul Definisi Cuci Rumah”

Baca Artikel Berkaitan: Dah Tak Perlu Hantar Kedai, Ini 5 Cara Cuci Karpet Di Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.