fbpx

Terkejut Rider Tukar Lane, Gelagat Lelaki Ini Membebel & Beri Pertolongan Raih Perhatian [Video]

Meskipun membebel kerana geram terjatuh dari motosikal disebabkan rider tukar lorong secara tiba-tiba, namun lelaki tersebut turut membantu rider berkenaan sebelum beredar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali berada di jalan raya, setiap pemandu termasuklah penunggang motosikal sering dinasihatkan untuk peka dengan keadaan sekeliling dan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Sebagai contoh memberikan lampu isyarat dan pastikan selamat sebelum masuk ke lorong bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Gelagat lelaki membebel lepas berlaku kemalangan raih perhatian

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga penunggang motosikal telah menarik perhatian kerana gelagatnya membebel seorang diri sewaktu berdepan dengan kemalangan kecil di jalan raya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Yuisenpai di TikTok, awalnya kelihatan dia berada di lebuhraya persekutuan (Faderal highway).

Sewaktu sedang menunggang motosikal kelihatan seorang rider penghantar barangan telah menukar ke lorongnya secara tiba-tiba. Perkara itu, telah menyebabkan Yuisenpai terkejut dan terjatuh ke atas jalan raya.

Menurut Yuisenpai ketika insiden berlaku dia cuba untuk mengawal motosikal daripada terjatuh namun gagal kerana keadaaan jalan yang licin.

Membebel berseorangan kerana tak puas hati

Sedikit geram dengan keadaan itu, dia kemudiannya mengomel seorang diri menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap rider yang menukar lorong secara tiba-tiba.

“Masa ni aku geram, sebab jatuh HAHAHA.

“Amenda ni bro (apa ni), kau tukar lane macam tu. Hish, Allahuakbar,” omelnya seorang diri.

Namun sebaik sahaja mengangkat motosikal, dia kemudian pergi ke arah rider yang turut terjatuh dan bertanya mengenai keadaannya.

Rider tukar lorong secara tiba-tiba hingga menyebabkan mereka terjatuh

Dalam masa yang sama dia turut bertanya mengapa lelaki itu menukar lorong secara tiba-tiba kerana ia telah menyebabkan mereka berdua terjatuh.

“Asal tukar lane macam tu bahaya tau, sana-sana. Tak pasal-pasal. Kau okay tak? Nak masuk tengok cermin dulu jangan main masuk je,” kata Yuisenpai kepada rider berkenaan.

Rider itu kemudian memaklumkan dia ketika itu sedang melihat telefon bimbitnya mungkin ingin melihat arah jalan dan menjelaskan keadaannya ketika insiden tersebut berlaku.

Lelaki itu turut tolong dan lihat cermin sisi yang tercabut akibat terjatuh

Tidak lama kemudian kelihatan dia turut menunjukkan insiden mereka terjatuh terbabit telah menyebabkan cermin sisinya tercabut.

Simpati dengan perkara itu, Yuisenpai kemudian melihat cermin sisi rider tersebut dan mengatakan ia boleh dipasang semula kerana ia tidak patah.

“Boleh lagi ni, nanti kau buka skru. Kau masukkan lepas tu kau ketatkan balik, dia tak patah ni boleh pakai lagi.”

Katanya, dia juga bimbang sekiranya motosikal rider tersebut tidak dapat dihidupkan semula selepas terjatuh namun apabila dicuba ia masih berfungsi seperti biasa.

Dalam masa sama dia turut meminta rider tersebut untuk berhati-hati selepas ini setiap kali membawa motosikal dan jangan bermain telefon bimbit.

Sebelum beredar, dia juga sempat memberikan rider tersebut sedikit wang dan berpesan untuk menjaga keselamatan kerana jalan licin serta memohon maaf atas segala kesilapannya serta menghulurkan wang ringgit.

Ramai kagum lelaki marah dengan sopan

Melihat di ruangan komen ramai yang mengatakan cara Yuisenpai marah sangat sopan. Ini kerana, meskipun berasa geram namun dia tidak meninggikan suara.

Bahkan turut bertanya keadaan rider terbabit sebelum beredar dari kawasan itu.

“Abang marah ke confess tu”

“Kalau marah kena capslock bang dengan tanda seru sekali”

“Kalau macam ni punya marah, hari-hari minta abang marah saya bang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.