fbpx
Now Reading
Lelaki Beri Kejutan Dengan Beli Kereta Baru Proton S70 Untuk Bawa Ibu Jalan-Jalan Raih Pujian [Video]

Lelaki Beri Kejutan Dengan Beli Kereta Baru Proton S70 Untuk Bawa Ibu Jalan-Jalan Raih Pujian [Video]

Jelas pemuda berkenaan, ibunya sememangnya meminati kereta Proton S70 dan kenderaan tersebut dibeli menggunakan hasil kerja kerasnya selama tujuh tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Membahagiakan ibu bapa merupakan impian dan tindakan yang mahu dilakukan oleh setiap orang.  

Ini kerana dengan melihat ibu bapa tersenyum, ia merupakan kebahagiaan bagi seorang anak.

Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam membahagia dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Ada yang sentiasa meluangkan masa bersama, ada juga yang memberi kejutan dengan membeli sesuatu untuk kesenangan mereka di kemudian hari.

Selalu Guna Motosikal Bawa Ibu Jalan-Jalan, Anak Beli Kereta Sebagai Kejutan

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki apabila membuat kejutan kepada ibunya dengan membeli sebuah kereta jenis Proton S70.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @casperketu, kelihatan seorang wanita yang merupakan ibu lelaki berkenaan sedang memakai helmet.

Dia memakai alat keselamatan itu sebagai persediaan untuk keluar bersama anak lelakinya menaiki motosikal.

“No more hujan-hujang. Selalu dating naik motor, dia siap pakai helmet dah,” tulis pengguna di video.

Namun, lelaki itu dilihat memimpin tangan wanita tersebut dan membawanya ke sebuah kereta jenis Proton S70 yang diparkir berhampiran.

Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi wanita berkenaan yang tidak menyangka dan tersenyum bahagia apabila melihat kereta baharu anaknya itu.

Malah, lelaki itu juga dilihat mencium dan memeluk ibunya sebelum wanita berkenaan masuk ke dalam kereta tersebut.

“Sebelum ini dia cuma mampu tengok, lepas ni hari-hari dia naik,” tulisnya lagi.

Minat Honda City Hatchback Tapi Beli Proton S70 Sebab Ibu Minat

Memetik mStar, lelaki yang dikenali sebagai Tuah itu berkata video tersebut dirakam ketika dia baharu sahaja mengambil kereta Proton S70 berkenaan.

“Semalam lepas ambil kereta, terus ke rumah ibu. Selalunya setiap kali cuti memang ke rumah ibu. Saja bawa dia keluar jalan-jalan, makan, beli lauk tapi naik motor.

“Jadi hari itu, saya call dia nak ajak keluar. Macam biasa, ibu dah siap-siap pakai helmet dan turun apabila saya sampai,” katanya.

Tambah Tuah, ibunya tidak mengetahui tentang kejutan tersebut terus bertanya di mana motosikal miliknya sebelum wanita itu menyedari kewujudan kereta tersebut.

Jelas pemuda berusia 24 tahun itu lagi, ibunya sememangnya meminati kereta Proton S70 dan kenderaan tersebut dibeli menggunakan hasil kerja kerasnya selama tujuh tahun.

“Saya bukan daripada keluarga senang. Tahun 2017 ketika di Tingkatan Lima, saya beli motosikal guna duit sendiri. Tapi waktu tu guna nama abang sebab masih bawah umur.

“Dengan motor itulah saya guna untuk mencari rezeki, bawa ibu berjalan-jalan. Ibulah antara sebab utama yang menodrong saya untuk membeli kereta.

“Model Proton S70 inipun adalah kereta yang ibu suka. Dia tak tahu pun kereta nama apa cuma apabila nampak di jalan raya, dia kata cantik.

“Kalau ikut minat asal, saya pasang impian ambil Honda City Hatchback tapi saya tahu ibu suka S70, jadi saya ikut kesukaan ibu,” ujarnya.

@casperketu

Sebelum ni dia cuma mampu tengok lepasni hari hari dia naik 🥰 #mom

♬ Moments (Acoustic Version) – Lost Identities & Robbie Rosen

Pengguna Media Sosial Puji, Ada Yang Turut Berkongsi Pengalaman Bahagiakan Ibu Bapa Tersayang

Video yang telah mendapat lebih 610,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Majoriti daripada mereka memuji tindakan pemuda berkenaan yang dilihat mengutamakan ibunya sendiri.

Malah, ada yang turut meluahkan hasrat untuk melakukan perkara sama kepada ibu bapa mereka pada suatu hari nanti.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman membahagiakan ibu bapa masing-masing dengan cara tersendiri.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Aku Tumpang Happy Bang Sebab Aku Boleh Bayang Macam Mana Rasa Bahagia Dalam Hati Tu”

“Allah Akan Melimpahkan Rezeki Kau Lagi Bang Sebab Bahagiakan Hati Seorang Ibu”

“Tahniah Bro, Aku Tumpang Bangga, Jaga Mak Hingga Akhir Hayat”

“Doakan Saya Dapat Bawa Keluar Kereta Juga Untuk Bawa Mak Jalan-Jalan, Teringin Sangat Nak Ada Kereta Sendiri”

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Mengalir Air Mata Lepas 17 Orang Anak Buat Kejutan Hadiah Kereta Idaman [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Anak Buat Kejutan Bagi Hadiah Kereta Pada Ibu Bapa Buat Ramai Mengalirkan Air Mata [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kancil Selalu Rosak & Berhenti Tengah Jalan, Anak Buat Kejutan Beli Kereta Baharu Untuk Ibu Bapa [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.