fbpx
Now Reading
“Nasib Tak Meletup”- SUV Tukar Lorong Mengejut Sebelum Bergesel Dengan Motosikal Bawa Tong Gas [Video]

“Nasib Tak Meletup”- SUV Tukar Lorong Mengejut Sebelum Bergesel Dengan Motosikal Bawa Tong Gas [Video]

Insiden itu turut membuatkan menarik nafas lega kerana tong gas dibawa penunggang motosikal tidak memetup ketika ia bergolek di atas jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui setiap individu sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berada di jalan raya dan mengamalkan ketetapan undang-undang yang telah ditetapkan.

Ini kerana sikap tidak berhati-hati atau tidak peka individu lain boleh menyebabkan berlakunya kemalangan dan sebagainya.

Toyota Harrier bergeser dengan motosikal bawa tong gas

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah kereta Toyota Harrier yang bergesel dengan sebuah motosikal sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video dashcam yang tular di X, awalnya kelihatan Toyota Harrier memandu di lorong kiri jalan tersebut manakala sebuah lagi motosikal yang membawa beberapa buah tong gas di lorong kanan.

Tukar lorong tanpa beri lampu isyarat, penunggang motosikal terjatuh dan tong gas bergolek di jalan raya

Namun tidak lama kemudian kereta Toyota tersebut secara tiba-tiba menukar lorang secara mengejut tanpa memberi lampu isyarat menyebabkannya bergesel dengan motosikal terbabit.

Impak pelanggaran menyebabkan penunggang motosikal terjatuh ke jalan raya.

Apa yang menjadi perhatian, beberapa tong gas yang dibawa terjatuh dan bergolek di bahagian seberang jalan.

Ketika tong gas berkenaan bergolek di atas jalan kelihatan kereta peronda polis dan kenderaan lain sempat mengelak dari melanggarnya

Ramai berhenti bantu alihkan tong gas

Selepas terjatuh kelihatan kereta Toyota berhenti di lorong kiri untuk melihat keadaan penunggang motosikal terbabit sebelum datang seorang lagi individu yang datang seperti mempersoalkan tindakan pemandu.

Dalam pada itu, orang ramai yang berhenti membantu penunggang motosikal untuk mengalihkan tong gas.

Semakan kami mendapati video berkenaan sebenarnya telah dimuat naik di Facebook pada 8 Julai lalu. Malah turut tertera pada dashcam yang insiden berlaku pada hari sama.

Ramai simpati nasib menimpa penunggang motosikal, syukur tong gas tak meletop

Melihat di ruangan balas kelihatan orang ramai bersimpati dengan nasib menimpa penunggang motosikal berkenaan dan bersyukur tong gas berkenaan tidak meletup.

Ini kerana, tong gas merupakan bahan api yang mudah terbakar sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.

Ada juga berpendapat polis peronda yang kebetulan melalui lorong itu berada di waktu yang tepat ketika insiden berlaku.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat penunggang motosikal juga salah kerana menggunakan lorong kanan meskipun tidak memotong.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir Mohamad Dalib penunggang motosikal boleh melalui di mana-mana sahaja lorong melainkan di jalan yang sudah digazetkan (dikhaskan) untuk lorong motosikal.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai satu insiden kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) membabitkan sebuah kereta dan beberapa motosikal.

“Syukur tak meletup, selamat lagi kali ini.”

“Dua-dua salah. Kereta lebih salah, patut tengok sebelum memotong..”

“Dah langgar orang pergi marah pula, tak kata sorry”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.