fbpx
Now Reading
Perlu Berwuduk Ketika Pegang Al-Quran Walaupun Berlapik [Video]

Perlu Berwuduk Ketika Pegang Al-Quran Walaupun Berlapik [Video]

Menurut seorang ustaz dari Masjid Bandar Seri Putra, hukumnya haram jika memegang mushaf al-Quran dalam keadaan tak berwuduk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Al-Quran merupakan kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai salah satu panduan untuk hambaNya.

Malah sebagai seorang umat Islam kita juga turut disarankan untuk sentiasa membaca al-Quran serta memahami setiap isinya agar sentiasa berada di jalan Allah SWT.

Walau bagaimanapun, umum pasti mengetahui kita juga mempunyai adab tertentu yang perlu dilakukan setiap kali ingin memegang dan membaca al-Quran.

Perlu sentiasa berada dalam keadaan berwuduk ketika memegang, menyentuh atau bawa Al-Quran

Baru-baru ini, para jemaah di Masjid Bandar Seri Putra telah memberikan penjelasan mengenai adab untuk memegang mushaf al-Quran menerusi satu sketsa.

Menerusi video yang di muat naik di TikTok, awalnya kelihatan lelaki yang dipanggil Ustaz sedang menyusun al-Quran di masjid berkenaan. Namun wuduknya terbatal selepas dia terkentut.

Dia lalu meminta lelaki bernama Azizi untuk menggantikannya bagi menyusun al-Quran tersebut.

Meskipun guna lapik kain perlu berwuduk

Pelik dengan perkara itu, Azizi lalu berkata ada kain diletakkan di atas rak al-Quran dan menyuruh Ustaz untuk menggunakannya sebagai lapik untuk memegang kitab suci itu.

Ustaz bagaimanapun menerangkan perkara itu tidak boleh dilakukan kerana umat Islam perlu berwuduk untuk memegang mushaf al-Quran meskipun ianya berlapik.

“Eh kalau kita tak ada wuduk, pegang mushaf al-Quran secara berlapik kain tebal pun tetap haram hukumnya,” kata Ustaz.

Penjelasan Ustaz membuatkan Azizi ingin bertanya adakah hukumnya sama jika kitab suci itu dibawa di dalam beg?

“Sama juga tidak boleh. Sentuh, pegang, bawa, tetap wajib dalam keadaan berwuduk atau suci daripada hadas kecil atau besar.”

Jelas dengan penjelasan yang diberikan, Azizi lalu beristighfar kerana menyedar sebelum ini dia sudah banyak melakukan kesilapan dalam hal berkenaan.

Tidak perlu ambil wuduk jika al-Quran tafsir, elak sentuh ayat kecuali terjemahan

Tidak lama kemudiannya ustaz berkenaan memegang sebuah lagi kitab al-Quran dan kembali menyusunnya di bahagian rak. Perkara itu menimbulkan tanda tanya kepada Azizi yang menyedari lelaki itu masih belum mengambil wuduk selepas ia terbatal.

“Kalau al-Quran tafsir macam ni kita boleh sentuh atau bawa tanpa wuduk. Cumanya kalau tiada wuduk sebolehnya elakkan sentuh ayat al-Quran ni.

“Untuk keluar daripada khilaf ulamak. Yang terjemahan ni boleh sentuh,” jelasnya lagi.

Di ruang kapsyen, masjid berkenaan menyatakan al-Quran adalah mukjizat yang sangat mulia. Oleh itu kita wajib untuk sentiasa berada dalam keadaan suci untuk menyentuh, memegang atau membawanya.

@masjidbspofficial

Al-Quran adalah Mukjizat yang sangat mulia, wajib kita berada dalam keadaan suci ketika hendak menyentuh, pegang atau bawa Al-Quran. Dapatkan Al-Quran Tafsir untuk pemberian hadiah dan hantaran perkahwinan di @Al Quran Darul Iman #alquran #wuduk #sunscreen #masjidbandarseriputra #pustakadaruliman

♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra – Masjid Bandar Seri Putra

UAI perjelas perkara sama

Perkara sama turut dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus yang menerangkan hukum memegang al-Quran tanpa berwuduk atau dalam keadaan berhadas adalah haram melainkan seseorang itu dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar.

Jelasnya lagi perkara itu disepakati oleh empat ulamak mazhab utama iaitu Imam Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.