Restoran Di Melaka Kantoi Guna Minyak Masak Paket, Cuba Tipu KPDN Dengan Isi Dalam Botol [Video]
Restoran terbabit juga gagal memasukkan resit atau bukti pembelian minyak masak di dalam buku stok barangan kawalannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, barangan seperti gula atau minyak merupakan barangan terkawal. Sebagai contoh, peniaga tidak dibenar menggunakan minyak masak paket untuk tujuan komersial.
Hal ini kerana barangan tersebut jika dibeli oleh rata-rata peniaga ia akan menjejaskan individu yang ingin membeli untuk kegunaan isi rumah.
Pun begitu, sehingga hari ini masih lagi ada peniaga yang berdegil dengan membeli barangan-barangan ini demi menjimatkan kos mereka.
Tular KPDN Melaka serbu restoran guna minyak masak paket bersubsidi
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka menggempur sebuah restoran menyalah guna minyak masak paket bersubsidi.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @kpdnmelaka, restoran terbabit juga gagal memasukkan resit atau bukti pembelian minyak masak di dalam buku stok barangan kawalannya.
Dalam video terbabit, pekerja restoran berkenaan mendakwa bahawa pembelian minyak botol tidak dimasukkan dalam buku stok kerana dibeli secara berasingan di sebuah kedai runcit berhampiran.
Pekerja lelaki itu turut menunjukan stok minyak botol yang digunakan restoran itu semasa diminta oleh pegawai KPDN yang bertugas.
Kantoi beli minyak paket isi dalam minyak botol terpakai
Namun, cubaan mereka untuk menggaburi mata pegawai KPDN gagal selepas didapati minyak botol yang didakwa baru dan belum digunakan lagi itu tidak lagi mempunyai penutup dalam (seal) berwarna putih.
Restoran berkenaan telah membeli minyak paket bersubsidi dalam kuantiti yang banyak dan telah mengisikannya ke dalam bekas minyak botol terpakai.
“Minyak (botol) kalau baru, kita buka ada penutup dalam dia, jangan pusing-pusing (menipu) dengan saya, cakap je terus terang. Ini (botol) masuk lima paket (minyak) dah cukup 5kg,” kata pegawai itu.
Setelah disoal berulang kali oleh pegawai-pegawai KPDN, pekerja terbabit akhirnya mengakui bahawa restoran berkenaan menggunakan minyak paket.
Baca Artikel Berkaitan: