fbpx

“Saya Tak Sertai FAM, FAM Sertai Saya” – TMJ

Tunku Ismail mengeluarkan kenyataan itu dalam satu hantaran balas di akaun Instagram miliknya selepas seorang peminat sukan bola sepak bertanya bila kah baginda akan menyertai FAM semula.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hasrat segelintir peminat bola sepak negara yang ingin melihat sentuhan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membantu pulihkan ‘maruah’ pasukan Harimau Malaya mungkin akan menjadi kenyataan.

Hal ini selepas tular satu kenyataan Tunku Ismail yang seakan memberi bayangan bahawa satu kerjasama akan terbentuk bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam tempoh terdekat.

Pun begitu, Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor berkata, baginda tidak akan menyertai FAM, sebaliknya persatuan itu yang akan menyertai baginda.

Kerjasama yang berbeza, FAM akan sertai Tunku Ismail?

Meskipun ia satu kenyataan ringkas, namun ia seolah-olah memperlihatkan bahawa satu kerjasama yang berbeza bakal berlaku di antara FAM dan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

“Saya tidak akan sertai FAM, FAM akan sertai saya,” balas TMJ di ruangan komen salah satu hantaran dimuat naiknya di Instagram.

Tular TMJ bertemu Anwar, Hannah Yeoh dan Hamidin

Sebelum ini, tular di media sosial satu gambar pertemuan TMJ dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd. Amin.

Hantaran yang dimuat naik di akaun rasmi Hannah Yeoh itu sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.

Menurut Hannah Yeoh, pertemuan yang diadakan pada bulan lalu itu adalah untuk membincangkan pelan pembangunan bola sepak Malaysia.

Terdahulu, Anwar telah memberikan peruntukan sebanyak RM15 juta buat FAM bagi memperkasa kembali skuad Harimau Malaya untuk menjadi salah satu pasukan terbaik di rantau ASEAN.

Sekadar info, TMJ sebelum ini pernah menjadi Presiden FAM pada 2017 sebelum membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada 2018 dan digantikan dengan Hamidin.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.