fbpx
Now Reading
Sempena Tahun Melawat Selangor 2025, Tourism Selangor Anjur Travel Fair Dari 1 – 3 November

Sempena Tahun Melawat Selangor 2025, Tourism Selangor Anjur Travel Fair Dari 1 – 3 November

Majlis pra pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 juga akan diadakan semasaa Selangor Travel Fair berlangsung di Sunway Pyramid hujung minggu ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tourism Selangor akan mengadakan Selangor Travel Fair buat julung kalinya, yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 November 2024, di Sunway Pyramid.

Acara ini diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Selangor 2025, yang dibawakan khas bagi mempamerkan kekayaan warisan budaya, pengalaman pelancongan dan tarikan terbaharu kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Dengan Journify oleh Malaysia Aviation Group sebagai rakan kerjasama utama, acara ini akan menampilkan pelbagai tawaran pelancongan eksklusif berjumlah lebih RM 200,000.

Kerjasama ini bakal menyediakan platform untuk pelbagai tawaran pelancongan di Negeri Selangor serta peluang kerjasama bersama pemain industri dan orang awam. Dengan sokongan penuh oleh Tourism Malaysia dan MATTA, acara ini akan memberi impak yang besar kepada landskap pelancongan.

Sempena dengan Selangor Travel Fair, majlis pra pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 akan diadakan, dengan pelancaran logo dan lagu tema kempen Tahun Melawat Selangor 2025, serta persembahan daripada penyanyi dan pencipta lagu, Aizat Amdan.

Acara yang akan diadakan selama tiga hari ini menyasarkan untuk menarik seramai 20,000 pengunjung, terdiri daripada pemain industri pelancongan, pelancong serta orang awam, sejajar dengan visi Negeri Selangor untuk menarik 8 juta pelancong pada tahun hadapan.

Tourism Selangor akan mempamerkan lebih 20 produk pelancongan pada acara tersebut, menawarkan pelbagai tawaran pelancongan eksklusif, diskaun dan pakej pelbagai tarikan pelancongan Selangor, sesuai untuk semua pelancong.

Pengunjung Selangor Travel Fair boleh menikmati aktiviti interaktif seperti cabutan bertuah, bengkel dan persembahan tradisional.

Produk pelancongan yang akan turut serta pada travel ini adalah seperti:

  • SplashMania Waterpark dan Skyline Luge oleh GL Play, Gamuda Land
  • Jumpstreet Asia Malaysia
  • Farm in the City
  • Eastin Hotel dan banyak lagi.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.