fbpx
Now Reading
Siap Minta Diskaun! Jurujual Kongsi Ragam Gen Z, Gaji Bersih RM1,700 Tapi Nak Beli Honda Civic FL1 Berharga RM163K

Siap Minta Diskaun! Jurujual Kongsi Ragam Gen Z, Gaji Bersih RM1,700 Tapi Nak Beli Honda Civic FL1 Berharga RM163K

Pelanggan tersebut turut menyatakan bahawa dia akan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM6,000 dengan tempoh pinjaman selama sembilan tahun bagi pembelian Honda Civic FL1 itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak menyimpan impian untuk memiliki kereta idaman? Lazimnya, kereta yang diimpikan adalah yang berharga di luar kemampuan.

Ada orang sedar kemampuan ‘poket’ mereka sendiri hingga impian hanyalah tinggal impian.

Namun, ada juga yang mencuba nasib mahu membeli kereta idaman walaupun gaji bulanan tidak sesuai dengan harga kereta yang diidamkan.

Sebagai jurujual, kadang kala pening juga nak melayan karenah segelintir pelanggan sebegini. Apatah lagi, siap minta diskaun yang tak masuk akal!

Pelanggan Siap Minta Diskaun Sampai RM63K, Nak Beli Kereta Honda Civic FL1

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jurujual kereta import mengenai ragam pelanggannya sendiri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Wan M Faris, dia berkongsikan kisahnya terpaksa melayan kerenah pelanggannya yang seorang ini.

Melalui hantaran tersebut, dapat dilihat perbualan WhatsApp pelanggannya yang dipercayai dari Gen Z berminat mahu membeli kereta jenis Honda Civic FL1.

Apa yang menjadi perhatian adalah pelanggan berkenaan dilihat cuba berunding dengan jurujual tersebut dengan minta diskaun yang tidak masuk akal sehingga RM63,000.

Dia mahu membeli kereta berkenaan dengan harga RM100,000 sedangkan kereta Honda Civic FL1 itu dijual pada harga RM163,000.

Malah, pelanggan tersebut turut menyatakan bahawa dia akan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM6,000 dan tempoh pinjaman selama sembilan tahun serta turut menyatakan gaji bersihnya adalah sebanyak RM1,700.

Namun, jurujual tersebut dilihat dengan baik menolak permintaan pelanggannya itu.

Dakwa Peniaga Tolak Rezeki, Siap Tak Nak Recommend Dekat Kawan-Kawan

Walau bagaimanapun, respon pelanggan berkenaan amat mengejutkan. Ini kerana dia dilihat tidak berpuas hati dengan balasan yang diberikan oleh jurujual tersebut.

Malah, dia turut menyatakan kepada jurujual itu bahawa dia telah menolak rezeki dan tidak akan mengesyorkan jurujual berkenaan kepada rakan-rakannya yang lain.

Namun, jurujual itu dilihat kekal tenang dan menerima apa yang dikatakan oleh pelanggannya itu.

Peniaga Jelas Tindakan Tidak Peduli Bukan Sombong, Tetapi Untuk Kebaikan Pelanggannya

Menerusi ruangan kapsyen, jurujual berkenaan meluahkan rasa kecewa dengan sikap pelanggannya itu yang turut meninggalkan komen negatif di hantaran selagi permintaannya tidak dipenuhi.

“Saya jarang nak up conversation (perbualan) dengan customer (pelanggan) ni. Sebab kurang minat untuk expose benda-benda tak bermanfaat. Tapi hari ini rasa hilang pulak sabar dengan gen Z ni.

“Kita run iklan dekat mana-mana pun dia comment benda-benda negatif. Selagi tak dapat harga dia nak, selagi tu la dia ajak kawan-kawan dia comment benda merepek,” tulisnya.

Jurujual berkenaan turut mendedahkan niatnya mengabaikan pelanggan itu bukanlah kerana sombong tetapi untuk kebaikan diri pelanggannnya sendiri.

Malah, dia turut menitipkan nasihat agar pelanggannya itu dapat menguruskan kewangan dengan baik.

“Kadang-kadang kita ignore (tak peduli) sesuatu benda tu bersebab. Bukan sebab kita sombong. Tapi untuk kebaikan diri sendiri

 “Pesanan ikhlas dari saya untuk adik-adik gen Z. Selagi belum mampu untuk capai sesuatu teruskan usaha sebaik mungkin. Jangan ajar diri terlalu manja. Uruskan wang anda dengan bijak!” tulisnya lagi.

Saya jarang nak up conversation dengan customer ni Sebab kurang minat untuk expose benda2 tak bermanfaat. Tapi harini…

Posted by Wan M Faris on Wednesday 30 October 2024

Pengguna Media Sosial Puas Hati, Ada Yang Minta Pelanggan Ukur Poket Sendiri

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Rata-rata daripada mereka mengecam tindakan pelanggan dari Gen Z yang dilihat tidak sedar dengan kemampuan poket sendiri.

Majoriti daripada mereka juga dilihat memuji tindakan jurujual berkenaan yang tidak menghiraukan perangai ‘unik’ pelangganya itu.

Malah, ada juga pengguna media sosial yang turut memberi nasihat kepada pelanggan berkenaan agar membeli kereta yang sesuai dengan gaji bulanannya.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Gaji Khadam, Nafsu Sultan”

“Gaji RM1,700 Nak Beli Perodua Myvi Pun Belum Tentu Lulus”

“Dia Punya Cara Nego Tu, Macam Beli Barang Dengan Kawan-Kawan”

“Income RM1,700 Tapi Selera Nak FL1, Pendapat Saya Better Ikut Kemampuan, Jangan Ikut Nafsu”

“Dik, Abang Niaga Average RM10,000 Pendapatan Sebulan Pun Berkali-Kali Fikir Nak Pakai Honda Civic FL1”

Baca Artikel Berkaitan: Jurujual Kongsi Ragam Majoriti Anak Muda, Mahu Beli Kereta Tak Ikut Poket Sendiri Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Selera Besar”- Nak Beli Mercedes A45S Dengan Gaji RM3,000, Pelanggan Ini Buat Penjual Kereta Tepuk Dahi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.