fbpx
Now Reading
Cik Epal Buat Report Polis Terhadap Dewi, Dakwa Guna Beg Tangan Mewah Celine Buat ‘Giveaway’ Di IG

Cik Epal Buat Report Polis Terhadap Dewi, Dakwa Guna Beg Tangan Mewah Celine Buat ‘Giveaway’ Di IG

Cik Epal dalam laporan itu turut memaklumkan beg tangan jenama Celine berharga RM12,000 tersebut dipakai oleh Dewi tanpa kebenarannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini influencer dan blogger terkenal, Cik Epal telah mendapat perhatian ramai disebabkan konflik yang berlaku dalam rumah tangganya. Cik Epal juga dalam satu hantaran memaklumkan sudah sah bercerai dengan suaminya Jofliam yang juga usahawan Pizza Wagyu.

Malah pada beberapa minggu lalu, Cik Epal telah bertindak menghantar Letter Of Demand (LOD) terhadap seorang wanita yang dikenali sebagai Emira Delyati Dewi dan menuntut permohonan maaf serta wang bernilai RM1 juta.

Perkara itu selepas Dewi muncul dalam sebuah podcast dan media sosialnya mendedahkan tentang beberapa perkara.

Cik Epal buat laporan polis dakwa Dewi pakai beg tangan bernilai RM12,000 miliknya, siap nak buat giveaway

Terbaharu, Cik Epal sekali lagi tampil memaklumkan telah membuat laporan polis serta mendakwa Dewi ada memakai beg tangan jenama mewah miliknya.

Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Cik Epal di dalam Instagram, dia memaklumkan telah menerima satu gambar melalui ‘direct message’ di aplikasi terbabit memaparkan Dewi memakai tas tangan itu sambil mendukung anak perempuannya (anak perempuan Cik Epal).

“Dalam gambar sama, saya (Cik Epal) ternampak beg tangan jenama Celine berharga RM12,000 dan tidak dibuka lagi telah dipakai oleh wanita (Dewi ) itu. Handbag itu berada di bilik tidur saya di rumah perkahwinan saya.

“Pada 26 Oktober semasa penjualan pizza oleh bekas suami saya di Dojo Treats, kelihatan Emira Delyati Dewi masih memakai handbag saya.

“Pada 30 Oktober, Emira Delyati Dewi telah mengambil video, memuat naik ke Instagram Story dan menawarkan untuk memberikan beg tersebut kepada orang ramai sebagai giveaway,” katanya dalam laporan berkenaan.

Cik Epal dakwa beg tangan digunakan tanpa kebenarannya

Dakwa Cik Epal lagi, dia percaya wanita berkenaan telah mengambil dan mengguna beg serta cuba melupuskan dengan cara memberikan kepada orang lain tanpa kebenarannya.

“Saya percaya Emira Delyati Dewi telah mengambil dan menggunakan beg tangan saya dan kemudian cuba melupuskan barang tersebut dengan mengumumkan untuk beri kepada orang lain tanpa kebenaran saya.

“Tujuan saya buat laporan polis adalah untuk rujuk pihak berkenaan serta pihak guaman dan siasatan lanjut.”

Dalam hantaran sama, Cik Epal turut menyertakan resit pembayaran beg tangan yang tertera namanya serta foto beg tangan tersebut sewaktu membelinya dari kedai jenama mewah itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.