“Harga Kek RM300..”- Wanita Kecewa Dekorasi Kek Diterima Tak Sama Dengan Yang Dipesan
Jelas Syuhada, dia malu dengan dekorasi kek yang mengecewakan itu kerana ia dipesan untuk majlis korporat di pejabatnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui menceburi bidang perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah apatah lagi jika ia berkait dengan perusahaan makanan.
Ini kerana makanan yang diberi kepada pelanggan perlulah mencapai aspek kualiti dari segi kebersihan atau hasil mutu kerja bagi mereka yang melakukan perniagaan bakeri atau kuih-muih serta banyak lagi.
Malah harga juga memainkan peranan kerana umum mengetahui harga untuk sebuah kek bergantung kepada berat, design serta jenis perisa yang diinginkan oleh pelanggan. Lebih rumit kerja seninya maka lebih mahal harga yang akan dicaj.
Wanita luah kecewa dengan dekorasi kek dipesan tak sama dengan yang diminta
Baru-baru ini, seorang wanita telah meluahkan rasa kecewanya apabila kek yang dipesan daripada seorang pembuat kek tidak sama seperti yang diimaginasikan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Nurul Syuhada di Facebook, dia mengatakan kek tersebut telah dipesan sebagai tajaan darinya untuk satu majlis di pejabat.
Dia lalu meminta kek tersebut direka seperti di dalam gambar yang disertakan. Dalam gambar tersebut kelihatan kek tersebut dua tingkat dan mempunyai corak belang harimau serta gambar haiwan itu sebagai simbol tempat kerjanya iaitu Maybank.
Selain itu, kek yang dimahukan itu turut dihiasi menggunakan fondant dan beberapa belon di bahagian atas dan juga tepi kek.
Namun sangkaan Syuhada meleset apabila dia hanya menerima kek setingkat dan dihiasi dengan beberapa belon yang dicucuk pada kek.
Bayar sekitar RM300 untuk kek tersebut, namun akui rasa kek sedap
Syuhada juga mendakwa kek yang dipesan itu bernilai sekitar RM300 dari seorang penjual kek di Shah Alam, Selangor. Meskipun kek tersebut tidak seperti diharapkan namun dia mengakui rasanya enak.
“Kalau nak berniaga, berniaga lah betul-betul. Harga kek RM300 macam tu lah tak ingat sebab fully cheese (penuh keju) ke macam mana entah dekat Shah Alam ni. Jangan pedajal (aniaya) orang lain. Saya pun berniaga juga.
“Rasa kek sedap lah tapi rupa dia tu, kan bagus rupa elok dan sedap sekali gus. Pertama orang pandang rupa, macam laki pandang rupa perempuan. Yang dipandang rupa dulu, hati nombor 2 tak gitu?” ujarnya.
Akui pembuat kek menggunakan bahan yang mahal, namun dekorasi mengecewakan
Dia turut menyifatkan rasa kek tersebut menggunakan bahan yang mahal namun bahagian dekorasi agak mengecewakan.
“Nota kaki: yang cucuk-cucuk tu (belon), dia (pembuat kek) lupa.. dia ingat aku ni kanak-kanak yang happy dapat belon.. ni kek aku nak bagi untuk majlis korporat tau.”
Hantaran wanita tersebut yang kecewa dengan dekorasi kek tersebut telah mendapat perkongsian sebanyak 2400 share di Facebook.
Kek yang ditajanya adalah untuk majlis korporat
Melihat di ruangan komen, Syuhada turut mengatakan dia malu membawa kek tersebut ke pejabat kerana dekorasi yang kurang memuaskan.
Syuhada juga menjelaskan dia telah bertanya terlebih dahulu kepada pembuat kek adakah dia boleh membuat kek seperti di dalam gambar yang disertakan dan peniaga itu mengatakan boleh.
Ramai juga yang mengkritik hasil kerja pembuat kek itu kerana belon tersebut hanya dicucuk pada kek dan tidak membuatkan ia kelihatan cantik.
Hantaran tersebut turut menjadi tular di X dan menerima reaksi yang sama dari kalangan pengguna media sosial.
WEHHH kesiannye akak ni order kek 😭😭😭
— AE (@arfdy12) November 2, 2024
Cerita kat next tweet 👇🏻
Expectation : Reality : pic.twitter.com/JZXgT6XhiX