fbpx
Now Reading
“Ingatkan Macam Kek Biasa” – Lelaki Sedih Lihat Kek Aiskrim Yang Dibeli Sempena Birthday Rakan Mencair [Video]

“Ingatkan Macam Kek Biasa” – Lelaki Sedih Lihat Kek Aiskrim Yang Dibeli Sempena Birthday Rakan Mencair [Video]

Jelas pemuda berkenaan, dia yang pertama kali membeli kek aiskrim itu tidak menyangka kek berkenaan akan mencair kerana menganggap cara penyimpanannya sama seperti kek lain di pasaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti sudah menjadi kebiasaan, setiap orang pasti akan melakukan sesuatu bagi meraikan hari jadi yang tersayang sama ada ahli keluarga atau rakan rapat.

Lazimnya, individu akan membeli hadiah. Namun, ada juga yang membuat kejutan dengan cara membeli kek hari jadi bagi meraikan hari bermakna itu.

Pada ketika ini, dapat dilihat pelbagai jenis kek hari jadi yang ada di pasaran. Selain daripada kek sponge yang diperbuat daripada tepung, ada juga kek yang berasaskan aiskrim.

Namun, cara penyimpanan kek jenis itu tidaklah sama seperti kek lain yang hanya perlu disimpan dalam chiller. Jika salah cara penyimpanan, cairlah habis!

Kek Mencair Selepas Disimpan 10 Jam Dalam Chiller

Terbaharu, seorang pemuda berkongsikan kisah sedih apabila niatnya untuk menyambut hari jadi rakan tidak kesampaian apabila kek hari jadi yang dibeli cair sepenuhnya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @acak_east, dapat dilihat kek aiskrim coklat yang dibeli secara dalam talian mencair sepenuhnya selepas disimpan 10 jam di dalam chiller.

Akui Kesilapan Sendiri, Tak Sangka Cara Penyimpanan Kek Aiskrim Berbeza

Jelas pemuda itu, dia mengakui kesilapannya sendiri yang menyimpan kek berkenaan di bahagian chiller dan bukan pada bahagian sejuk beku (freezer).

Tambahnya, dia yang pertama kali membeli kek aiskrim itu tidak menyangka kek berkenaan akan mencair kerana menganggap cara penyimpanannya sama seperti kek lain di pasaran.

“Ini first time aku beli. Aku pun isi dalam chiller. Tak tahu pula sepatutnya kena simpan dalam freezer. Sebab aku ingat aiskrim dia sikit-sikit je la kan.

“Lepas tu dah beli, dah masuk dalam chiller, 10 jam juga la isi dalam peti ais masuk dalam chiller, lepas tu bila aku buka je, astagfirullahalazim, jadi cair semua dalam ni.

“Aku mana tahu, selalunya kek isi dalam chiller je, tak isi dalam freezer. Kenapa jadi macam ni, nak bagi orang ni hadiah ni,” katanya.

Tetap Sambut Hari Jadi Rakan Walaupun Kek Cair

Namun melalui video tersebut, lelaki berkenaan tetap menyambut hari jadi rakannya yang bernama Daus walaupun kek tersebut telah cair. Malah turut kedengaran dia memohon maaf atas insiden berkenaan.

Difahamkan, rakan lelaki itu turut meminta dia untuk tidak menjemput kawan-kawan yang lain bagi menjaga air mukanya.

Pada masa yang sama, lelaki berkenaan tetap menyuarakan hasrat untuk membeli kek lain bagi menggantikan kek yang telah cair itu.

“Nantilah, ada duit lebih sikit, aku beli semula tapi tak janji bila,” tulisnya di video berkenaan.

Melalui perkongsian itu juga, rakan pemuda berkenaan tetap memotong kek dan memuji kesedapan rasa kek aiskrim itu.

“Birthday kawan bertukar malapetaka yang sangat sedih dari kesilapan aku sendiri, sampai terpaksa batalkan majlis untuk jumpa kawan-kawan,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

@acak_east

Birthday kawan bertukar malapetaka yang sangat sedih dari kesilapan aku sendiri,sampai terpaksa batalkan majlis untuk jumpa kawan2😭😭 #cake #cakemalaysia #insidescoop #fyp #foryoupages foryou@Inside Scoop

♬ emotional sad background(1383128) – MaxRecStudio

Kek Telah Digantikan Dengan Baharu, Ramai Bagi Nasihat Tentang Cara Penyimpanan

Video yang telah mendapat lebih 210,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai termasuklah jenama kek berkenaan, Inside Scoop.

Menerusi ruangan komen, Inside Scoop telah menyuarakan hasrat mahu menggantikan kek hari jadi tersebut dan penghantaran telahpun dibuat semalam (3 November).

Malah, ramai pengguna media sosial turut memberikan nasihat kepada lelaki berkenaan mengenai cara sebenar penyimpanan kek tersebut.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Tak Pe Dik. Masuk Dalam Freezer Bagi Dia Sejuk, Boleh Makan Balik Walaupun Rupa Dah Kelaut”

“Kalau Kek Aiskrim, Memang Kena Letak Dalam Freezer Awak”

“Pada Aku, Cukup Aku Tahu Kau Ikhlas Dik. Mahal Tu”

“Tak Perlu Bahan Adik Ni, Kita Semua Bukan Perfect, Sentiasa Ada Buat Salah, Yang Penting Belajar Dari Kesilapan”

“Janganlah Marah Dia, Mungkin Baru First Time Dia Beli Kek Aiskrim, Sebab Dekat Kedai Pun Nampak Macam Letak Dalam Peti Sejuk”

Baca Artikel Berkaitan: “Harga Kek RM300..”- Wanita Kecewa Dekorasi Kek Diterima Tak Sama Dengan Yang Dipesan

Baca Artikel Berkaitan: Buat Kejutan Hari Jadi, Ibu Terharu Satu Asrama Nyanyi Lagu ‘Happy Birthday’ [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.