Laksa Dijual Terima Komen Negatif, Influencer Buat Laporan Polis [Video]
Menurut Prince Syed, laporan polis itu dibuat untuk mempertahankan diri dan menjernihkan keadaan selepas beberapa pihak telah membuat berkaitan perniagaan laksanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Influencer dan peniaga Laksa Viral yang dikenali sebagai Prince Syed Shahid pada baru-baru ini telah hadir ke Pulau Langkawi, Kedah untuk menyertai beberapa festival makanan di sana.
Tidak dinafikan, laksa yang dijual bersama isterinya itu mendapat sambutan yang hangat, namun ada pula yang memberikan komen negatif.
Lebih mengeruhkan keadaan, terdapat beberapa isu sampingan yang berlaku sehingga mencetuskan kontroversi semasa kehadirannya di permata negeri Kedah itu.
Prince Syed buat laporan polis selepas terima pelbagai komen negatif
Susulan itu, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif telah membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan perniagaan laksanya berhubung perkara terbabit.
Prince Syed yang berusia 32 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi jam 5.40 pagi semalam (3 November).
Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman mengesahkan pihak ada menerima laporan dibuat pempengaruh media sosial terbabit.
Tujuan laporan polis untuk bersihkan nama dan nafi tomahan
“Tujuan laporan dibuat pengadu itu adalah bagi menafikan tohmahan dan tuduhan ke atas beliau dan peniagaannya. Pengadu juga tidak puas hati dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.
“Ia juga bagi membersihkan kembali nama pengadu dan nama peniagaannya dari tomahan terutama dalam media sosial,” katanya dipetik Berita Harian.
Laksa dijual peniaga Langkawi lagi sedap dari laksa Prince Syed?
Terdahulu, tular komen negatif di media sosial yang mendakwa laksa dijual pempengaruh itu tidak sesedap laksa yang dijual peniaga tempatan di Langkawi.
Pun begitu, hantaran yang mendapat ratusan komen balas pengguna media sosial itu telah pun dipadamkan.
Buat laporan polis untuk jernihkan keadaan
Sementara itu, Prince Syed menerusi satu hantaran video di akaun Facebook miliknya berkata, laporan terbabit dibuat untuk mempertahankan diri dan menjernihkan keadaan selepas ada pihak membuat tohmahan berkaitan perniagaan laksanya.
“Kami minta maaf dan ampun kepada seluruh warga Langkawi sebab kehadiran kami. Kepada semua yang posting video dan sebut nama kami yang tidak tahu cerita apa, kami berbesar hati sebenarnya jika mahu berjumpa untuk tahu apa yang jadi.
“Saya harap perkara ini kita hentikan dan kita tutup cerita, kami akan keluar dari sini jangan risau. Terima kasih kerana memberi kami tumpang niaga di Langkawi,” katanya.