“Lelaki Bahagia Senang Je” – Aksi Individu Teruja Rakam Gambar Kereta Di Belakang Buat Ramai Terhibur [Video]
Sebagai mahu menambahkan lagi rasa teruja pemandu Honda City berkenaan, pengguna terbabit terus menekan minyak dan membunyikan ekzos keretanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu di dunia ini mempunyai minat masing-masing. Bagi golongan wanita, sudah pasti kebanyakannya lebih cenderung kepada hal kecantikan atau kehidupan seperti peralatan make up atau gaya hidup.
Namun bagi kaum Adam, majoriti daripada mereka kebanyakannya dilihat lebih meminati bidang permotoran apatah lagi yang melibatkan kenderaan seperti motosikal atau kereta.
Malah, rata-rata daripada mereka pasti akan teruja apabila melihat motosikal atau kereta idaman di atas jalan raya hingga sanggup melakukan apa sahaja bagi merakam gambar kenangan.
Lelaki Sanggup Keluar Dari Tingkap, Nak Rakam Gambar Kereta Di Belakang Kenderaan Sendiri
Itulah yang dilakukan oleh beberapa orang lelaki yang teruja apabila melihat kenderaan di belakang kereta miliknya.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaun @zuuk, kelihatan dua hingga tiga orang individu di hadapan kenderaannya melakukan aksi yang menghiburkan ketika melihat kereta miliknya.
Melalui perkongsian tersebut, pengguna berkenaan sedang berada dalam kesesakan jalan raya ketika melalui jalan Cameron Highland – Tapah, Perak.
Ketika dia sedang berada dalam kesesakan tersebut, secara tiba-tiba pemandu kereta jenis Honda City di hadapannya mengeluarkan badan dari tingkap kereta.
Apa yang menjadi perhatian adalah pemandu tersebut memberi isyarat sebagai tanda mahu merakamkan gambar kereta milik pengguna itu.
Sebagai mahu menambahkan lagi rasa teruja pemandu Honda City berkenaan, pengguna terbabit terus menekan pedal minyak dan membunyikan ekzos keretanya.
Rakan Yang Lain Turut Keluar Sama Dari Tingkap Sebelah
Tindakan pengguna yang mengeluarkan bunyi ekzos kereta miliknya bukan sahaja mendatangkan rasa teruja pemandu kereta Honda City berkenaan malah penumpang hadapan dan belakang kereta tersebut turut berasa teruja.
Ini kerana kedua-dua mereka dilihat turut keluar daripada tingkap masing-masing dan merakam gambar kereta pengguna berkenaan menggunakan telefon bimbit.
Lebih menarik, pengguna berkenaan langsung tidak kisah malah gembira melihat gaya ketiga-tiga indvidu tersebut hingga kedengaran dia sekali lagi membunyikan ekzos kereta miliknya.
Tindakan pengguna itu nyata menggembirakan mereka hingga kesemua individu berkenaan menunjukkan tanda ‘bagus’ sebagai ucapan terima kasih.
“Lelaki dengan hobinya. Happy Deepavali brader,” tulis pengguna berkenaan menerusi ruang kapsyen.
Ramai Terhibur Lihat Keterujaan Lelaki Lepas Lihat Kereta
Video yang telah mendapat lebih lima juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata mereka terhibur melihat aksi dan gaya ketiga-tiga individu berkenaan yang teruja melihat kenderaan di belakangnya.
Bagi kebanyakan warganet, mereka berpendapat itulah antara cara seorang lelaki merasa bahagia dengan hanya melihat kereta kesukaan mereka.
Tidak kurang juga ada yang tertanya-tanya apakah jenis kenderaan yang dipakai oleh pengguna itu hingga individu terbabit berasa teruja dan bertindak sedemikian.
Namun, ada netizen mendakwa pengguna berkenaan menggunakan kereta jenis Honda Civic FK8 yang sememangnya mencuri tumpuan ramai.
Ada juga pengguna media sosial yang memuji tindakan pengguna berkenaan yang tidak kisah dan melayan sahaja gelagat pemuda tersebut.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Comel La Geng Kereta Depan Tu, Korang Pula Melayan”
“Power La Bang, Sporting Gila. Siap Tekan Minyak Kasi Brother Depan Tu Syiok Dengan Bunyi Enjin, Macam Ni Lah Best”
“Lelaki Ni Nak Bahagia Senang Je”
“Kereta Abang Ni Memang Smart, Selalu Nampak Dekat Kedai Makan, Kita Usha Je”
Baca Artikel Berkaitan: Video Anak Menangis & Peluk Ibu Ayah Selepas Dapat Scooter Idaman Buat Ramai Sebak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Rare Ni” – Lelaki Dapat Hadiah Kahwin Dua Set Sport Rim Buat Ramai Teruja [Video]