fbpx
Now Reading
Lelaki Bersihkan Lubang Tersumbat Punca Air Bertakung Di Lebuhraya EDL Raih Pujian [Video]

Lelaki Bersihkan Lubang Tersumbat Punca Air Bertakung Di Lebuhraya EDL Raih Pujian [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan keadaan jalan sedikit sesak kerana kenderaan terpaksa menggunakan dua lorong dek kerana air bertakung menutupi lorong di sebelah kiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@amyika/video/7431869698427391250?_r=1&_t=8r61e7F9kbHhttps://www.tiktok.com/@amyika/video/7388759021399903504

Setiap jalan raya yang dibina perlu mempunyai perancangan sistem perparitan air yang betul agar ia tidak menyebabkan masalah seperti banjir sekiranya berlaku hujan yang berlarutan dan sebagainya.

Ini kerana sistem perparitan yang betul seperti adanya longkang atau lubang khas dapat memudahkan air mengalir ke kawasan sepatutnya apabila berlaku hujan lebat atau lain-lain.

Namun sistem ini perlulah sentiasa diselenggara dan dibersihkan agar tiada isu longkang tersumbat kerana sampah sehingga menyebabkan jalan banjir dan sebagainya.

Lelaki tunjuk keadaan jalan air bertakung kerana lubang tersumbat sehingga jalan jadi sesak

Baru-baru ini, seorang lelaki telah menjadi perhatian selepas membantu orang ramai membersihkan lubang di sebuah lebuh raya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_amyika_ di TikTok, dia telah menunjukkan keadaan semasa air dilihat bertakung sehingga menutupi lorong kiri di kawasan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor Bahru.

Air bertakung itu berlaku berdekatan pusat membeli-belah Sogo, Johor Bahru.

Keadaan itu secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya kesesakan kerana kebanyakan kenderaan seperti kereta dan motosikal terpaksa menggunakan dua lorong sahaja iaitu di laluan tengah serta kanan.

Redah dalam air bertakung untuk bersihkan lubang

Peka dengan keadaan yang berlaku, Amy kemudiannya telah bertindak meredah air bertakung tersebut untuk membersihkan lubang yang berada di bahagian tepi dinding lebuh raya berkenaan.

Selepas berjaya membersihkannya, Amy dilihat membuka bahagian penutup longkang dan air bertakung mula mengalir ke dalam bahagian lubang terbabit.

Perkara sama dilakukan oleh Amy di beberapa lagi lubang lain bagi mempercepatkan proses air untuk surut.

“Aku bukan nak tunjuk hero, aku nak tunjukkan pentingnya untuk bersihkan lubang-lubang kecil, lubang tikus ni,” ujar Amy dalam video tersebut.

Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik oleh Amy turut memaparkan dia dan pasukannya aktif dalam melakukan kerja pembersihan di kawasan perparitan bagi memastikan negeri Johor sentiasa dalam keadaan bersih.

Ramai puji tindakan lelaki bersih lubang untuk selesaikan masalah air bertakung

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Amy kerana telah memudahkan urusan orang lain dengan membersihkan lubang tersebut, walhal itu bukanlah tanggungjawabnya.

Namun Amy merasakan dia hanya membantu sekadar apa yang mampu. Ada juga mengatakan pihak berwajib yang perlu menyelenggara keadaan lebuhraya itu perlu mengambil perhatian berhubung isu tersebut.

“Terima kasih terbaik. Dah tak banjir, risau juga dan bahaya jalan raya ada air bertakung”

“Terus berjuang abang-abang kerana Allah SWT. Doa untuk pekerja-pekerja semoga Allah SWT berikan rahmat kesihatan umur panjang diberi rezeki melimpah..”

“Malu woo kalau orang lain buat kerja kita..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.