fbpx
Now Reading
“Patutlah Ada Orang Curi” – Influencer Dedah Logo BMW M4 Berharga RM2,000 Curi Tumpuan Ramai [Video]

“Patutlah Ada Orang Curi” – Influencer Dedah Logo BMW M4 Berharga RM2,000 Curi Tumpuan Ramai [Video]

Pempengaruh media sosial, Fazli Halim mendakwa ‘badge’ BMW M4 miliknya itu telah dicuri menyebabkan dia terpaksa membeli logo yang baru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, sehingga hari ini masih lagi berlaku kes kecurian bahagian-bahagian atau aksesori luar kereta di Malaysia.

Maka tidak hairanlah, jika kebanyakan pemandu cuba mengelak daripada memarkir kenderaan mereka di kawasan yang sunyi atau gelap.

Kebiasaannya, bahagian-bahagian yang dicuri ini adalah bernilai kerana susah untuk didapati dan akan dijual semula pada harga yang tinggi.

Logo BMW M4 milik influncer ini dicuri

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang influencer yang dikenali sebagai Fazli Halim mendedahkan harga bagi satu logo BMW original model M4.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @fazlishahhalim, Fazli mendakwa ‘badge’ BMW M4 miliknya itu telah dicuri semasa dia memarkir kenderaan itu di kawasan parkir berdekatan Jabatan Angkat, Kuala Terengganu.

“Aku sebenarnya parking sini sebab nak joging tau dekat Jabatan Angkat ini, tapi tak akan ada orang ambil logo kot, logo belakang pun takda, double tape semua bersih, macam mana dia ambil?” katanya.

Terpaksa beli logo original BMW baru, harga cecah ribuan ringgit

Susulan itu, Fazli terpaksa membeli logo BMW yang baru di BMW Malaysia untuk dipasangkan semula di keretanya.

Namun apa yang mengejutkan, Fazli mendedahkan bahawa satu logo bahagian depan kereta modelnya itu adalah berharga RM2,000, manakala badge di belakang pula RM1,500.

Menurutnya, upah bagi pemasangan logo itu dianggarkan RM90 sehingga RM100 menyebabkan Fazli memilih untuk memasangnya sendiri.

Overprice dan tak berbaloi unuk beli logo BMW original?

Dia pada masa sama turut menyifatkan harga tersebut sebagai ‘overprice’ dan tidak berbaloi untuk dibeli.

Oleh itu, Fazli menasihati orang ramai terutamannya pemilik BMW agar tidak memarkir kenderaan mereka tidak kawasan yang sunyi.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut mendengar harga bagi satu logo original BMW M4 itu.

Tidak kurang juga yang memberikan pujian kepada Fazli kerana berkongsi tentang perkara itu untuk orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa ingin memarkir kereta.

Pun begitu, ada pula yang berpendapat bahawa harga bagi logo BMW itu tidak sepatutnya dikongsikan di media sosial kerana ia akan membuka lebih banyak mata si pencuri tentang nilai ‘badge’ jenama kereta mewah itu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.