fbpx
Now Reading
Ramai Suka Lihat Peniaga Rajin Buat Konten Jual Air Sehingga Buat Ramai Nak Datang Walaupun Jauh [Video]

Ramai Suka Lihat Peniaga Rajin Buat Konten Jual Air Sehingga Buat Ramai Nak Datang Walaupun Jauh [Video]

Menurut Ieya, para pelanggan datang dari pelbagai negeri untuk ke kedai minumannya di Kampar, Perak itu sememangnya mengundang rasa terharu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang ingin menceburi bidang perniagaan dalam bidang makanan pasti ingin melakukannya secara kecil-kecilan.

Malah ketika proses inilah memberikan masa kepada peniaga untuk mempelajari selok-belok dalam perniagaan agar boleh berkembang lebih maju di masa akan datang.

Selain itu, apa yang penting adalah usaha dan cara pemasaran yang meluaskan akan membuatkan orang ramai sedar kewujudan perniagaan yang sedang dilakukan.

Peniaga tak sangka konten video buat air buat orang datang dari jauh untuk cuba

Baru-baru ini, satu pasangan suami isteri turut melakukan perkara yang sama apabila menjual air hanya dari rumah sahaja sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ieya Zainal, dia telah membuka gerai minuman di hadapan rumah yang dikenali sebagai KauPi dengan menjual pelbagai jenis minuman di Kampar, Perak.

Antara minuman yang dijual seperti kopi, matcha latte, air coklat, buah-buahan bersoda dan sebagainya. Malah Ieya dalam akaun TikTok miliknya turut dilihat sering memuat naik konten ketika menyediakan air yang dipesan oleh pelanggan.

Ada yang dari Kedah, Penang dan Kuantan, terima banyak pelanggan sehingga tak cukup tangan

Tindakan Ieya memuat naik video tersebut secara tidak langsung membuatkan dia secara tiba-tiba menerima pelanggan daripada jauh seperti dari Kedah, Penang termasuklah Kuantan.

Malah kunjungan yang diterima daripada orang ramai membuatkan mereka tidak cukup tangan dek kerana pesanan yang banyak.

“Kenapa korang ni! Hari ni dalam sejarah ya, 4 jam tanpa henti korang serbu Ieya (kedai minuman). Bukan setakat helmet takdan pakai, apron pun tak ada. Sayang teruk lah korang.

“Ada yang datang dari Kulim, Penang balik hari. Dari Kuantan, haishh. Satu kereta pun dah 4-5 pesanan. Ieya minta maaf yang datang tadi tak dapat bagi servis yang terbaik. Terpaksa sidai korang.

“Atas sebab limitation pada mesin espreso,” ujarnya.

Hargai pelanggan yang sabar tunggu

Ieya turut mengatakan dia sangat menghargai pelanggan yang sabar menunggu pesanan mereka. Malah katanya setiap pelanggan yang datang mendoakan perniagaan yang dilakukan dan ia membuatkannya berasa sebak.

Jelas Ieya kedai minumanannya itu akan beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam dan mana-mana pelanggan yang berminat untuk membuat pesanan boleh menghubunginya terlebih dahulu.

Apa yang lebih menarik, mereka turut mempunyai kejutan untuk pada pelanggan bagi meraikan kejayaan mereka kerana telah berjaya menjual sebanyak 1,000ok cawan.

“Yang jauh, kita hantui awak dengan video TikTok kita jelah. Hari ni sebak tau sebab ramai sangat yang datang, tak putus-putus ada yang dari Kedah, Penang, Pahang, Kuala Lumpur.

“Awak ni buat kita jadi hati tisu (sebak) tau. Maaf ada silap hari ni , buat awak tertunggu sebab kita pakai home use machine. Ieya hargai effort awak dtg semata2 untuk KauPi,” katanya di ruang kapsyen.

@ieyazainal23

Hari ni ada helper sebab dia tahu pekerja dia tak sihat tapi masih bekerja , ikutkan hati nak beli MC je tadi HOHOHO 🤣 #sahmlife #homecoffee #coffeeshop #fyp #homebasedcoffee #coffeetime

♬ Silence (feat. Khalid) – Marshmello

Tunjuk satu per satu proses buat air, ramai doakan kejayaan perniagaan

Dalam pada itu, Ieya juga dilihat menunjukkan satu per satu proses dia membuat air minuman yang dipesan dalam beberapa video lain yang dikongsikan di aplikasi terbabit.

@ieyazainal23

Hari ni ada helper sebab dia tahu pekerja dia tak sihat tapi masih bekerja , ikutkan hati nak beli MC je tadi HOHOHO 🤣 #sahmlife #homecoffee #coffeeshop #fyp #homebasedcoffee #coffeetime

♬ Silence (feat. Khalid) – Marshmello

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut menyimpan hasrat untuk berkunjung ke kedai minuman Ieya.

Malah ada yang terliur apabila melihat air yang dibuat oleh Ieya dan menyifatkan ia kelihatan enak.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar suatu hari nanti Ieya mempunyai rezeki untuk memeliki kedai minumannya sendiri.

Video memaparkan Ieya bersama pasangannya turut menjadi tular di X dan mendapat reaksi sama di kalangan pengguna.

“Semoga awak ada kedai kopi sendiri nanti”

“Semoga maju jaya sis, pencinta kopi”

“Sama macam Kopi0suam. Pertama kali nampak dekat Live TikTok, pemilik dia banyak kongsi ilmu pasal kopi, jadi saya terus teringin nak cuba sebab nak tahu rasa kopi lover yang sebenar macam mana”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.