fbpx
Now Reading
Rupanya Lamborghini Dipandu Fattah Amin Hanya Prop Konten Kedai Emas

Rupanya Lamborghini Dipandu Fattah Amin Hanya Prop Konten Kedai Emas

Menurut Pengurus Fattah Amin, kereta Lamborghini yang dipandu pelakon itu adalah sebahagian prop untuk kandungan video kedai emas terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan pelakon Fattah Amin memandu kereta mewah, Lamborghini Huracan berwarna ungu.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok @allfendstudio itu mendapat perhatian ramai sekali gus ada pihak yang mendakwa ‘supercar’ berkenaan merupakan pemberian daripada pengusaha sebuah kedai emas kepada Fattah.

Susulan itu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Fattah selain menyifatkan ‘pemberian’ terbabit adalah rezekinya selepas bercerai.

@allfendstudio

Rezeki fattah amin bersama kedai emas ni bagi fattah rezeki yang luas, Sentiasa ade jobkan… @KEDAI EMAS SYAMSUL #allfendstudio #afs

♬ original sound – ALL FEND STUDIO – ALL FEND STUDIO

Pengurus nafi dakwaan Fattah dapat Lamborghini, hanya prop

Terbaharu, pengurus Fattah Amin iaitu Sakirin Acha tampil menafikan dakwaan yang mengatakan pelakon itu menerima Lamborghini.

Menurutnya, kereta Lamborghini yang dipandu Fattah itu adalah sebahagian prop untuk kandungan video kedai emas terbabit.

“Saya ingin menegaskan Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit,” katanya dipetik Harian Metro.

Pengurus Fattah Amin tampil mohon maaf

Menurutnya lagi, dia juga memohon maaf kepada orang ramai kerana video yang tular di media sosial itu telah menyebabkan berlakunya salah faham.

“Saya mohon maaf tapi Fattah tidak menerima kereta itu daripada pihak berkenaan,” katanya.

Pada 7 Oktober lalu, pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu selepas beberapa minggu menghadapi kemelut rumah tangga.

Kontroversi penceraian mereka kemudiannya menjadi antara topik hangat yang dibual di platform-platform media sosial.

Tidak hanya itu, nama Fattah Amin juga semakin melonjak naik selepas beberapa syarikat tempatan yang memanggilnya untuk menjalinkan kerjasama bagi mempromosikan produk jualan mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Penampilan Fattah Amin Dalam Video Terbaru Pak Mat Western Raih 2.5 Juta Dalam Tempoh 13 Jam Dimuat Naik

Baca Artikel Berkaitan: Fattah Amin & Fazura Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Bina Rumah Tangga

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.