fbpx
Now Reading
Sikap Segelintir Penduduk Flat Guna Botol Air Untuk Cop Parking Buat Netizen Berang [Video]

Sikap Segelintir Penduduk Flat Guna Botol Air Untuk Cop Parking Buat Netizen Berang [Video]

Menurut wanita berkenaan, selain botol air, ada indvidu yang menggunakan bekas cat untuk cop parkir di Flat Taman Bukit Mewah, Johor Bahru, Johor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui perbuatan ‘cop parkir’ lebih-lebih lagi parkir awam merupakan satu kesalahan.

Meskipun telah banyak kali diingatkan, namun masih ada segelintir individu yang dilihat degil dan melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Letak Botol Air & Bekas Cat Sebagai Tanda

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaun @nurulmarcella apabila beberapa petak parkir kosong di kawasan kediaman ibunya diletakkan dengan botol air dan bekas cat.

Melalui perkongsian tersebut, wanita berkenaan meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan beberapa orang penduduk disitu yang mengamalkan amalan cop parkir dengan cara sedemikian.

Menurut wanita berkenaan, kejadian itu berlaku di Flat Taman Bukit Mewah, Johor Bahru, Johor.

Malah, dia turut mendakwa, individu terbabit tidak membuat sebarang bayaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memiliki tempat letak kereta itu.

“Tak sangka pula diorang jenis cop-cop parkir, padahal tak bayar pun dengan majlis,” katanya.

Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Segera, Dah Pernah Lapor Pada Pihak Berkenaan

Susulan daripada perbuatan tidak bertanggungjawab penduduk di situ, wanita berkenaan menyeru pihak berkuasa khususnya Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengambil tindakan segera.

“Tolonglah MBJB buat kerja sikit, flat Taman Bukit Mewah,” tulisnya di video.

Difahamkan, dia telahpun membuat aduan kepada pihak berkaitan namun dakwanya proses yang terlalu panjang menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menularkan sahaja perbuatan cop parking itu.

Malah, dia pernah cuba mengalihkan botol air yang diletakkan di petak parkir kosong namun tindakannya itu hampir sahaja mencetuskan pergaduhan sesama mereka.

Ramai Bengang, Turut Minta Pihak Berwajib Segera Bertindak

Video yang telah mendapat lebih 312,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata daripada mereka mengecam tindakan segelintir penduduk tersebut yang dilihat masih mengamalkan budaya cop parking sedangkan ia merupakan satu kesalahan.

Malah, ramai yang menasihatkan wanita itu agar terus sahaja membuat laporan kepada pihak berkuasa agar tindakan undang-undang dapat diambil.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama turut berhadapan dengan perangai sedemikian.

Cop Parkir Satu Kesalahan & Boleh Dijatuhi Hukuman Penjara

Untuk info, perbuatan cop parking merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir adalah hak milik awam.

Individu yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Jika sabit kesalahan sekali lagi individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM4,00 dan penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Nasib Baik Tempat Aku Tak Ada Cop Parking, Kalau Ada Pun Tak Sampai Beberapa Minit Dah Kena Kunci Dengan Management”

“Sebenarnya Kita Tak Takut Pun Nak Alihkan Tapi Kita Risau Diorang Apa-Apakan Kereta Kita”

“Lepas Ni Suruh Majlis Buat Parking Sewa Jelah, Bayar Tiap Bulan. Senang Sikit Dapat Lot Parking Sendiri, Tak Susahkan Siapa-Siapa”

“Report Je Dekat Majlis”

“Dekat Kawasan Aku Pun Sama, Report Majlis Banyak Kali, Majlis Tak Layan”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Selamba Cop Parking Di Pusat Beli Belah Siap Tunjuk Penumbuk Selepas Diperhatikan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dikecam, Dakwa ‘Cop Parking’ Di Kawasan Flat Adalah Normal [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.