fbpx
Now Reading
“Takda Duit Jangan Masuk Highway” – Tular Kelisa Modified Gino Datang Menyelit, Elak Bayar Tol [Video]

“Takda Duit Jangan Masuk Highway” – Tular Kelisa Modified Gino Datang Menyelit, Elak Bayar Tol [Video]

Menurut pemilik ‘dashcam’, kejadian tersebut berlaku pada petang semalam di Tol Simpang Pulai Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, sehingga kini masih ada pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab cuba mengelak daripada membayar caj tol yang dikenakan di atas lebuh raya.

Sikap sedemikian mendapat kecaman ramai kerana ia dilihat sebagai sesuatu tindakan yang mementingkan diri serta tidak adil terhadap pengguna ‘highway’ yang lain.

Modus operandi yang digunakan oleh golongan ‘piang’ ini kebiasaannya akan mencucuk kenderaan lain dihadapan secara rapat agar palang tol tidak tertutup semasa mereka melaluinya tanpa perlu dikenakan caj.

Baca Artikel Berkaitan: Selepas City, Kini Tular Video Proton Waja Pula Sangkut Tak Lepas ‘Mencucuk’ Nak Elak Bayar Tol

Tular kereta menyelit dari tepi elak bayar tol

Pun begitu, lain pula cara yang digunakan oleh sebuah kereta ini yang secara tiba-tiba menyelit daripada tepi semasa palang tol sedang terbuka.

Kejadian itu berjaya dirakam ‘dashcam’ pemilik kenderaan yang menjadi mangsa sebelum ia ditularkan di media sosial.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook pemandu terbabit (Azmi Razgriz Marzuki), kelihatan kereta jenis Perodua Kelisa yang telah diubahsuai menjadi Daihatsu Gino itu sedang parkir di tepi lebuh raya berhadapan tol berkenaan.

Foto: Facebook/Azmi Razgriz Marzuki

Kelisa modified Gino sanggup tunggu depan tol, tunggu peluang nak lepas palang

Bagaimanapun, semasa pemilik dashcam yang dikenali sebagai Azmi memasuki tol di lorong paling kiri, Kelisa itu secara tiba-tiba datang menyelit dan melalui palang yang sedang terbuka.

Foto: Facebook/Azmi Razgriz Marzuki

Menurut Azmi, selama ini dia hanya melihat kejadian sebegini berlaku di media sosial, namun tidak menyangka bahawa ia akan terjadi kepada dirinya juga.

“Biasa tengok orang kena, kali ini aku sendiri pula kena. Takda duit jangan masuk lebuh raya. ‘Modified’ kereta Kelisa nak jadi Gino sampai duit takda,” tulisnya di kapsyen.

Menurutnya lagi, kejadian tersebut berlaku pada petang semalam di Tol Simpang Pulai Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Perak.

Video berkenaan turut dikongsikan di akaun media sosial yang lain dan meraih perhatian ramai pihak yang mengecam tindakan pemandu Kelisa itu.

Untuk tonton video klik di sini.

Kejadian elak bayar tol sebegini sepatutnya sudah lama pupus kerana pada zaman ini setiap tindakan atau gerak geri pasti diperhati dan dirakam.

Menggunakan lebuh raya juga bukanlah suatu paksaan untuk ke sesebuah destinasi, jika tidak mahu membayar tol, anda masih mempunyai pilihan untuk melalui jalan biasa.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Cuba Elak Bayar Tol Tau!” – Pemandu Diarah Bayar RM256 Selepas ‘Kantoi’ Tak Bayar Tol 59 Kali

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.