fbpx

Gelagat Sekumpulan Makcik Speaking Ketika Minum Di Kedai Makan Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan makcik itu hanya sekadar bergurau antara satu sama lain menggunakan Bahasa Inggeris sehingga membuatkan ramai terhibur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu pasti mempunyai sekumpulan rakan yang sangat rapat dengan dirinya. Malah keakraban hubungan yang terjalin membuatkan mereka berkawan sehingga ke usia emas.

Bukan hanya itu, dengan kumpulan rakan ini jugalah ada segelintirnya merasakan mereka boleh menjadi diri sendiri kerana sudah biasa dengan gelagat masing-masing serta selesa.

Gelagat makcik-makcik lepak di kedai makan raih perhatian

Baru-baru ini, gelagat sekumpulan makcik yang berada di kedai makan menjadi perhatian ramai kerana bergurau sambil bercakap menggunakan Bahasa Inggeris.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Na’aimah di TikTok, awalnya kelihatan mereka berempat sedang duduk minum di sebuah kedai makan.

Siap speaking Bahasa Inggeris

Apa yang mula mencuri perhatian apabila Na’aimah dalam video itu memaklumkan kepada perakam dalam bahasa Inggeris bahawa mereka akhirnya berjaya berkumpul di kedai makan berkenaan.

“Today we made it (hari ini kami berjaya berkumpul),” ujar Na’aimah.

Tidak lama kemudia seorang rakannya yang memakai tudung coklat menyambung kenyataan Na’aimah dengan mengatakan ‘today is very hot (hari ini sangat panas)’.

Makcik tudung kuning speaking guna accent cockney

Sebaik mendengar apa yang dikatakan oleh rakannya itu seorang lagi rakan memakai tudung kuning turut bersetuju. Namun caranya bercakap dengan bersungguh-sungguh dengan menggunakan accent cockney membuatkan mereka tertawa dengan keletah masing-masing.

“Absolutely yes! Oh,” ujar makcik bertudung kuning. Na’aimah kemudian menjawab terima kasih kerana menyertainya pada hari tersebut untuk minum di kedai berkenaan.

Mak cik bertudung kuning lalu berkata ‘No, you joining me (tidak, awak yang menyertai saya)’.

Perkara itu membuatkan mereka akhirnya ketawa, sambil menyifatkan gelagat mereka adalah ciri ibu-ibu di zaman sekarang.

Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik kelihatan Na’aimah sememangnya rajin membuat konten bersama rakan dan menunjukkan kehidupannya di kampung dipercayai di Kedah.

Ramai terhibur melihat gelagat sekumpulan makcik

Melihat di ruang komen, ramai yang terhibur melihat gelagat makcik-makcik tersebut malah ada yang menyifatkan itu adalah mereka dalam tempoh 50 tahun akan datang bersama rakan.

Ada juga yang mengatakan mereka suka melihat gurauan yang sebegitu rupa dan berpendapat seronok mempunyai kawan-kawan yang supporting begitu.

“Saya dan rakan-rakan 50 tahun akan datang, jika kami masih hidup”

“Steady Mak Long Na’aimah”

“Suka gurauan yang sebegini”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.