fbpx
Now Reading
“Ini Jalan Lah B*doh” – Tular Lelaki ‘Sound’ Pemandu Double Park Hingga Halang Laluan [Video]

“Ini Jalan Lah B*doh” – Tular Lelaki ‘Sound’ Pemandu Double Park Hingga Halang Laluan [Video]

Semasa kejadian, pemandu-pemandu yang parkir berganda itu ada di dalam kereta dan hanya melihat perkara terbabit tanpa bertindak mengalihkan kenderaan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Parkir berganda atau ‘double parking’ bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia, bahkan sehingga hari ini ia masih lagi berlaku.

Kebanyakan pemandu akan melakukan ‘double parking’ di kawasan yang kotak parkirnya sudah dipenuhi kereta atau hanya ingin berhenti untuk seketika.

Pun begitu, ada pula segelintir pemandu yang tidak bertanggunngjawab dengan sesuka hati parkir berganda sehingga menghalang laluan jalan.

Lelaki berang pemandu ‘double parking’ hingga halang laluannya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang pemandu lelaki ‘naik darah’ selepas beberapa kenderaan memakir secara ‘double parking’ hingga menghalang laluan jalan di sebuah kawasan berhadapan deretan bangunan kedai.

Menerusi perkongsian rakaman ‘dashcam’ yang dimuat naik di akaun Instagram @tvsukanstar, kelihatan lelaki itu pada awalnya cuba beralah dengan mengelak dan melalui jalan bertentangan.

Bagaimanapun, laluan bertentangan itu sentiasa dipenuhi kereta tanpa henti menyebabkan dia tidak dapat bergerak ke hadapan.

Lelaki ‘naik darah’ terus keluar kereta dan marah

Lebih menyakitkan hati, semasa kejadian, pemandu-pemandu yang parkir berganda itu ada di dalam kereta dan hanya melihat perkara terbabit tanpa cuba mengalihkan kenderaan mereka.

Susulan itu, lelaki berkenaan terus ‘naik darah’ dan bertindak keluar dari keretanya untuk memarahi pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab berkenaan.

Selepas dimarahi dan dimaki lelaki itu, ketiga-tiga pemandu kereta mewah berkenaan dengan segera terus mengalihkan kenderaan mereka.

Ramai puas hati lihat lelaki ‘sound’ pemandu double park halang laluan

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit memarahi pemandu-pemandu yang menghalang laluan itu.

Malah, mereka turut bersetuju dengan tindakannya itu kerana berpendapat golongan sedemikian tidak boleh diberi muka dan dibiarkan sahaja.

Tidak kurang juga yang meminta agar pihak majlis bandaraya di daerah itu agar melakukan pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kenderaan yang menghalang laluan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.