fbpx
Now Reading
Peguam Dedah Lelaki Juga Ada ‘Iddah’ Sebaik Bercerai Sebelum Ingin Kahwin Lain

Peguam Dedah Lelaki Juga Ada ‘Iddah’ Sebaik Bercerai Sebelum Ingin Kahwin Lain

Antara keadaan yang memerlukan lelaki melalui tempoh ‘menunggu’ atau iddah itu adalah sekiranya suami ingin berkahwin dengan wanita yang ada pertalian keluarga dengan bekas isteri seperti saudara perempuan, ibu saudara dan sebagainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang membina rumah tangga pasti tidak mahu ia berakhir dengan perceraian dek kerana saling menyayangi antara satu sama lain.

Membina rumah tangga yang bahagia juga bukanlah mudah kerana pasangan juga berdepan dengan pelbagai cabaran yang akhirnya membuatkan mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Apabila bercerai setiap wanita perlu melalui proses iddah selama beberapa tempoh iaitu tiga kali suci (dari haid).

Namun pasti ramai yang tidak mengetahui lelaki juga turut mempunyai tempoh yang sama tetapi terikat di dalam beberapa situasi.

Lelaki juga ada proses ‘menunggu’ yang terikat dalam 4 keadaan

Menurut Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli lelaki juga perlu melalui proses ‘menunggu’ yang perlu dipatuhi sebelum ingin berkahwin lain.

Katanya dalam satu kumpulan Telegram, pada asasnya lelaki sememangnya tidak mempunyai tempoh iddah kerana ia dikhususkan kepada perempuan.

Namun empat keadaan yang menyebabkan lelaki terikat dengan iddah bekas isteri serta tidak boleh berkahwin dalam tempoh berkenaan.

“Pertama, jika seorang lelaki mempunyai empat orang isteri dan telah menceraikan salah seorang isterinya dan ingin berkahwin dengan wanita yang lain, dia hendaklah menunggu sehingga tamatnya tempoh iddah isterinya yang diceraikan tersebut.

“Kedua, seseorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan talak tiga dan ingin berkahwin semula dengan bekas isterinya, maka beliau hendaklah menunggu sehingga isterinya berkahwin dengan lelaki lain, melakukan persetubuhan dengan suami baharu, bercerai dan tamat iddah, baru boleh berkahwin,” ujarnya, lapor Kosmo.

Perlu tempoh menunggu jika nak kahwin dengan wanita yang ada pertalian keluarga dengan bekas isteri

Manakala bagi keadaan ketiga pula, seorang lelaki itu hendaklah melalui proses atau tempoh menunggu jika pasangan yang ingin dikahwini ada pertalian keluarga dengan bekas isteri.

Sebagai contoh wanita itu adalah mahram bekas isteri seperti saudara permpuan, adik-beradik, ibu saudara, anak saudara dan sebagainya.

“Situasi terakhir apabila seorang lelaki menceraikan isterinya dengan talak rajie, dan hendak berkahwin dengan wanita lain ketika bekas isteri dalam tempoh iddah rajie, dia membuat permohonan poligami di Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu.

“Ini kerana jika lelaki itu berkahwin dan kemudian merujuk bekas isterinya, maka lelaki tersebut telah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.”

Talak terbahagi kepada dua iaitu talak Rajie dan talak Ba’in

Menerusi perkongsian Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, talak bermaksud melepaskan atau dari segi syarak melepaskan ikatan dengan perkataan yang jelas atau kinayah (sindiran).

Talak juga terbahagi kepada dua iaitu talak Rajie dan juga Ba’in:

  • Talak Rajie ialah seorang suami yang menceraikan isterinya dan masih boleh rujuk tanpa akad nikah atau pernikah dengan syarat masih dalam tempoh iddah.

Manakala bagi talak Ba’in pula ia terbahagi kepada dua jeni iaitu Ba’in Sughra dan talak Ba’in Kubra:

  • Talak Ba’in Sughra ialah talak jatuh serta merta ketika ia dilafazkan dan semua hak-hak isteri terputus sebaik talak dijatuhkan. Sekiranya sang suami ingin kembali kepada isteri maka perlu menikahinya dengan mas kahwin yang baharu.
  • Talak Ba’in Kubra selepas talak dilafazkan semua hubungan suami isteri terputus setelah ia dijatuhkan. Suami tak boleh rujuk sehingga bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain, bersetubuh dengan suami baharu dan menceraikannya. Selepas itu, bekas suami pertama boleh berkahwin semula sebaik bekas isteri tama tempoh iddah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Terangkan Suami Tidak Wajib Bagi Isteri Duit Poket Jika Sudah Sediakan 4 Perkara Ini [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Muat Naik Video Cerai Di Media Sosial Disifatkan Membuka Aib Rumah Tangga – Dr Mohd Izhar

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kalau Bercerai Anak Wajib Duduk Dengan Ayah Atau Ibu? Ini Penjelasan UAI [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.