Ramai Geram Lihat Tetamu Kenduri Kahwin Lepak Lama Di Meja Hingga Ada Jemputan Lain Terpaksa Makan Di Lantai [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan ‘selfish’ tetamu berkenaan menyebabkan beberapa lagi jemputan terpaksa makan di atas lantai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Walimatul urus atau kenduri kahwin merupakan acara istimewa bagi meraikan pasangan yang baru sahaja bergelar suami isteri. Pada waktu ini, mereka akan dilayan dan diraikan seperti raja sehari.
Malah, ahli keluarga dan rakan rapat turut dijemput untuk hadir ke kenduri tersebut bagi meraikan hari istimewa itu.
Kebiasaannya, tuan rumah akan menyediakan hidangan istimewa khusus buat tetamu yang hadir. Bagi memudahkan tetamu untuk menikmati hidangan, sudah pastinya meja dan kerusi turut disediakan oleh tuan rumah.
Namun, ada segelintir daripada mereka yang dilihat bersikap mementingkan diri (selfish) apabila mengambil masa yang lama duduk di meja dan tidak mengendahkan tetamu lain walhal kebanyakan meja sudah dipenuhi.
Tetamu Duduk Lama Tanpa Ada Makanan Atas Meja
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @amirameera, dia meluahkan rasa kesal gara-gara sikap segelintir tetamu yang dilihat mementingkan diri apabila tidak berganjak dari meja makan sebuah kenduri kahwin yang dihadiri olehnya.
Apa yang menjadi perhatian apabila ada individu terpaksa menikmati hidangan di atas lantai dek kerana sikap selfish segelintir tetamu yang dilihat duduk memenuhi meja tanpa menikmati sebarang hidangan.
“Sejenis dah habis makan tak reti nak bangun-bangun. Tak hormat tetamu lain datang nak duduk. Tak fahamlah orang macam ni,” tulisnya.
Difahamkan, majlis perkahwinan tersebut merupakan kenduri saudara sebelah suaminya dan jumlah jemputan dibuat berdasarkan Rezpondese S’il Vous Plait (RSVP).
Pengguna Media Sosial Turut Bengang, Ramai Tak Faham Sikap Segelintir Tetamu Tak Fikir Orang Lain
Video yang telah mendapat lebih 43,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata daripada mereka turut meluahkan rasa geram dan mengecam apabila melihat sikap pentingkan diri segelintir tetamu di majlis perkahwinan tersebut.
Malah ada yang turut berkongsi pengalaman sama turut berhadapan situasi sedemikian sewaktu menghadiri kenduri kahwin.
Namun, ada yang memberikan cadangan dengan mengatakan perkara itu boleh ditangani oleh MC bertugas atau wakil tuan rumah.
Tidak kurang juga ada pengguna media sosial yang berpendapat sudah menjadi tugas tuan rumah sepatutnya menyediakan tempat khas khusus buat tetamu yang telah habis menikmati makanan.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Kena Alert La Bab Ni, Jenis Nak Duduk Lama Ni Dia Ingat Kedai Mamak Kot”
“Kadang Tuan Rumah Tak Terfikir Benda-Benda Macam Ni, Tahu-Tahu Jemput Je”
“Saya Kenduri Di Rumah, Sediakan 1 Side Bawah Pokok, Letak Kerusi Banyak & Gerai Teh Tarik. Sambil-Sambil MC Main Peranan”
“Kena Ingatkan Saudara Terdekat, Kalau Boleh, Tak Payah Lepak Dekat Table Makan Lama-Lama Siap Buat Group Bagai”
“DJ Kena Ingatkan Tetamu, Tolong Bagi Meja Dekat Tetamu Lain Bila Dah Habis Makan, Nak Sembang Dekat Tempat Lain”
Baca Artikel Berkaitan: Satu Keluarga Bertengkar Selepas Kenduri Kahwin, Rupanya Duit Tetamu Bagi Ada Sihir
Baca Artikel Berkaitan: Tuan Rumah Tempah Cendol Jagung Namun Tetamu ‘Demand’ Nak Macam-Macam Buat Ramai Bengang [Video]